Kusadasi
Penginapan malam itu adalah di Hotel Ilayda di Kusadasi yang terletak tidak jauh dari Ephesus, tempat tujuan keesokan harinya. For a 2-star hotel and the room rate charged, the condition of the room and hotel service are beyond my expectation. Memang highly recommended. Walaupun aku tidak mendapat bilik yang berhadapan dengan Kusadasi Bay, tetapi keesokan pagi, sebelum coach tiba, aku mengambil peluang berjalan dan bersantai di tepi pantai menikmati pemandangan laut yang biru. Terasa macam di Greece pula sekejap dan bertambah gelap lagilah kulit aku dek panahan sang suria.
House of Virgin Mary yang terletak di Bulbul Mountain dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau mewujudkan suasana yang cooling dan redup sememangnya melegakan setelah a couple of days berada di bawah terik matahari. Shrine di mana Virgin Mary dipercayai menghabiskan usianya ini is as important and sacred to the Moslem as it is to the Christians. Rumah ini sebenarnya kecil sahaja di mana terdapat prayer altar untuk pengunjung yang beragama Kristian bersembahyang. Di kawasan luar, terdapat bekas kolam air di mana upacara pembaptisan diadakan, mass area, prayer wall yang dipenuhi wish notes dalam pelbagai bahasa dari pengunjung serta holy water dari water taps. Actually aku pun tidak tahu dari mana datangnya air ini tetapi menurut kata our tour guide, the water runs under the shrine. Anyways, for Moslems - Awas! Jangan pula mengambil air dari sini untuk dibuat minum. Aku diberitahu di sini tiada public transport selain daripada teksi or kalau larat, cubalah berjalan kaki.Pada hari pertama aku, I had the whole day to myself. Aku menghabiskan masa berjalan di sekitar bandar Urgup sambil melihat masyarakat tempatan menjalani kehidupan harian. Di suatu sudut berdekatan dengan masjid, sekumpulan lelaki-lelaki tua sedang duduk bersembang sambil menghisap rokok. Di sebuah lorong pula di bawah pepohon anggur, beberapa lelaki bermain boardgame yang seakan-akan mahjung. Aku mendekati mereka untuk melihat dari dekat boardgame tersebut dan as usual ditawarkan Turkish tea di dalam gelas berbentuk tulip sambil berbual dengan salah seorang daripada mereka yang boleh berbahasa Inggeris. Sememangnya sudah menjadi tradisi di Turki, tetamu dihidangkan Turkish tea which means 40-years of friendship. Memang sejak tiba di Turki, I have lost count berapa gelas aku dah minum but it doesn't matter sebab aku memang suka minum teh.
Keistimewaan Cappadocia ialah bentuk mukabuminya yang unik, terhasil daripada larva gunung berapi. Hakisan angin dan air beribu-ribu tahun lama membentuk chimney rock atau dikenali sebagai fairy chimneys. Cappadocia juga terkenal dengan cave houses dan rock churches yang menjadi penempatan Christians yang lari daripada penindasan Romans. Lawatan di sini benar-benar menguji ketahanan fizikal aku kerana banyak aktiviti mendaki turun naik bukit. Tambahan pula aku tidak memakai kasut yang sesuai menjadikan perjalanan aku lebih perlahan terutama sekali semasa menuruni cerun-cerun bukit. Yang menyeronokkan juga semasa lawatan ini adalah mencari dan meneka shapes yang menyerupai binatang, isyarat tangan dan sebagainya yang terbentuk secara semulajadi. Termasuk dalam itinerari di Cappadocia ialah lawatan ke kilang pembuatan pottery. Selain demo tentang cara-cara pottery dibuat, terdapat bilik pameran dipenuhi barangan daripada pinggan, pasu, bowls, jug air, dan pelbagai lagi untuk kegunaan harian atau hiasan.
Malam itu aku menaiki bas pulang ke Istanbul yang memakan masa 13 jam. Sebaik tiba di Istanbul, aku terus menuju ke Eminonu untuk berbaris mendapatkan tiket menaiki Bosphorus Cruise. Cruise bermula pada pukul 10.30 a.m. dari Galata Bridge sehingga ke perhentian terakhir di Rumeli Kavagi. Aku bukan sahaja dapat melihat beberapa monumen seperti Dolmabahce Palace & Mosque, Ciragan Palace yang terdapat di sepanjang Bosphorus tetapi juga bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang cantik rekabentuknya. Keseluruhan cruise took about 6 hours termasuk 3 jam menunggu di the second last stop - Anadolu Kavagi sebelum menaiki feri pulang ke Galata Bridge. Anadolu Kavagi is a fishing village with loads of Balik Restaurants (Fish Restaurants). Masa 3 jam itu aku habiskan mendaki ke Yoros Kalesi, a ruined castle on the hill where from there one can have a great view of the Black Sea with ships passing by.
Selepas checked-in semula di Hotel Sultanahmet, aku bergegas ke Sirkeci Railway Station untuk menyaksikan Whirling Devrish ceremony. Persembahan ini hanya ada pada hari-hari tertentu sahaja dan tiket boleh didapati di most hotels di Istanbul. Just make sure it is bought in advanced sebab memang cepat habis especially during peak season. Semasa upacara ini, aku terfikir samada the whirling devrishes ini betul-betul berada di tahap ecstasy sewaktu mempertontonkannya kepada pelancong kerana instead of menjadi a religious ceremony, it has been commercialized. Adakah unsur mistik dan kekusyukan kepada pengamalnya? Wallahualam...
Perancangan keesokan harinya was to do a little shopping di Kapali Carsi atau Grand Bazaar, beli barang yang dipesan Mak di Egyptian Bazaar dan selepas itu buat Turkish Bath. Normally kalau pergi travel, shopping is not my main agenda and I will do this last depends kalau ada extra money to spare. Memang pelbagai barang yang dijual dan boleh rambang mata untuk memilih. I ended buying only a few souvenier items sebagai kenangan di Turki dan hadiah untuk adik-adik aku termasuk tulip-shaped tea sets untuk Mak. Selepas itu, aku ke Egyptian Bazaar untuk mencari lotus oil yang dipesan Mak. Mak menggemari bau lotus oil ini semasa melawat Cairo tahun lalu. Mahal juga harga lotus oil di sini berbanding dengan di Cairo. Sempat juga singgah di sebuah kedai yang menjual scarves sebagai hadiah untuk Mak and my sisters. Satu perkara yang aku notice, barang-barang di Egyptian Bazaar lebih murah daripada di Kapali Carsi. So, it's better to buy some items seperti T-Shirts, accessories, shawl dan souvenier items di Egyptian Bazaar.
Rancangan untuk buat Turkish Bath terpaksa aku batalkan kerana kesuntukan masa dan aku harus bertolak ke airport to catch my flight back to Dubai. Nevertheless, I am happy with how this trip went and ended. Walau ada juga a few unpleasant incidents yang menguji keimanan aku tetapi banyak juga pengalaman manis yang memang sukar dilupakan.