Wednesday, August 22, 2007

Turkey : Istanbul



My first experience travelling solo to the farthest place I have traveled to date did not just went smoothly but it surpassed what I imagined it would be. I hardly felt lonely but made more friends than when I traveled accompanied, I discovered a few things about myself and more importantly I found kindness in strangers.

Aku rasa tidak perlu aku menceritakan sejarah dan latarbelakang tempat-tempat yang telah aku lawati kerana semua maklumat ini mudah
didapati dari travel books dan internet. Aku rasa lebih praktikal kalau aku berkongsi my travel itinerary, travel tips dan pengalaman menarik sepanjang aku berada di sana buat panduan sesiapa yang ingin menjejaki kaki ke sana.

Di Istanbul, aku menginap di Sultanahmet Hotel. At EUR30 for B&B, it is quite reasonable for a clean 2-bedded room with a sink, tv, hair dryer and a stand fan although the bathroom is unattached but it's just across my room. Tambahan pula waktu itu peak season, hotel rate lebih mahal dari biasa and kalau single traveler, memang expected kena bayar lebih sikit. The published rate at the frontdesk was EUR50 for single tetapi aku mendapat rate EUR20 cheaper dengan bantuan dari seorang local Turk guy I met yang kebetulan bekerja di travel agency. I was lucky to get a room facing the street with a view of a mosque across the street.

Malam pert
ama selepas membersihkan diri, aku keluar berjalan menyusuri the main street yang menjadi laluan tram untuk meninjau kawasan berdekatan dan mencari makan malam. Belum pun jauh dari hotel, aku sudah dihampiri oleh seorang lelaki tempatan memulakan perbualan kosong bertanyakan asal dan nama aku etc. Aku ada terbaca mengenai perkara ini di dalam buku Lonely Planet : Istanbul di mana lelaki tempatan gemar mendekati foreign female travellers for very obvious reason (takkan nak cerita kut? Faham-faham sendiri!). We had casual conversation mainly telling each other a few things about each other. He insisted on paying for my dinner when I stopped at a food kiosk and we eventually took a taxi to Taksim for a drink at a club. Taksim is supposedly to be a happening place in Istanbul sebab kat sini banyak clubs, pubs and bars tetapi tempat yang kami pergi ni ada a few patrons with a few scantily dressed girls dancing on the dance platform. Aku ni bukan jenis suka clubbing and loud music, so after an hour, I decided to call it a night and returned to my hotel.

The following morning, breakfast was at the terrace garden of the hotel. Just a simple typical Turkish breakfast - olive, bread, homemade jam, hard-boiled egg and cheese. Dari terrace garden sambil menikmati sarapan, aku dapat melihat dari kejauhan Blue Mosque, hati sudah teruja dan melonjak-lonjak tidak sabar untuk menuju ke sana. Berbekalkan buku Lonely Planet dan travel map Istanbul, aku mula menjejaki the main tourist sites bermula dengan Hippodrome, Blue Mosque dan Ayasofya pada sebelah pagi dan for the entire afternoon aku melawat Topkapi Palace. Kesemua tempat ini terletak just a walking distance from each other and from my hotel di Sultanahmet. Terdapat 4 monumen di Hipprodrome iaitu Obelisk of Theodosius, Serpent Column, Rough-Stone Obelisk dan Fountain of Kaiser Wilhem II yang mengambil masa tidak lebih 30 minit to cover all of them.

Seperti yang dis
arankan di dalam Lonely Planet, aku memasuki Blue Mosque melalui pintu masuk dari Hippodrome kerana melalui arah inilah cara terbaik untuk truly appreciate the grandeur and beauty of the Blue Mosque. Memang asyik dan terpegun melihat keindahan masjid ini especially di dalam prayer hall. Rasa bersyukur kerana masjid ini tidak mengalami nasib seperti Ayasofya dan terus digunakan sehingga ke hari ini sebagai tempat ibadat umat Islam. Ada juga rasa terkilan sebab tidak dapat melihat dari dekat mimbar masjid dan Black Stone dari Mekah kerana para pengunjung dibenarkan berada pada suatu had sahaja yang agak jauh dari mimbar. Tidak seperti masjid-masjid di Cairo, Masjid Biru malah semua masjid-masjid di sini berjaga dan amat bersih.

Cara terbaik untuk melawat Ayasofya ialah bermula dengan galeri atas di mana terletaknya floor plan menunjukkan lokasi potret mozek ikon-ikon atau peristiwa yang berkaitan dengan Christianity. Bukti Ayasofya pernah menjadi tempat ibadat umat Islam tidak ditunjukkan di dalam floor plan ini tetapi yang paling ketara kelihatan ialah medalions dengan tulisan kaligrafi Allah s.w.t., Muhammad s.a.w, Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar dan Perpustakaan Sultan Mahmut I. Dari tingkap berdekatan dengan kubur Henrico Dandolo, one can capture a nice pic of Blue Mosque in a distance. Unlike Masjid Biru, b
ayaran masuk sebanyak YTL10 dikenakan untuk melawat Ayasofya.

I spent the entire afternoon melawat Topkapi Palace kerana kawasannya yang luas dan banyak artifak dan exhibits yang dipamerkan di ruang-ruang bilik di sini. Aku cuma terkilan sebab tidak dapat melawat Sacred Safekeeping Room yang menempatkan antaranya rambut, janggut, tapak kaki, pedang dan gigi Nabi Muhammad s.a.w. Aku dapati kerja-kerja baikpulih sedang dilakukan di ruang pameran itu dan ia hanya dibuka di dalam bulan Ramadhan sahaja. Bayaran masuk ke Topkapi Palace adalah sebanyak YTL10 dan untuk memasuki Topkapi Harem, dikenakan bayaran tambahan sebanyak YTL10. Selepas letih berjalan selama beberapa jam, aku mengambil kesempatan berehat di taman di Courtyard 1 yang mempunyai rumput dan pokok yang menghijau. Tambahan dengan cuaca yang panas, nyaman dapat berehat di kawasan yang redup dan berangin as long as tidak duduk di atas rumputnya sebab memang tidak dibenarkan.

Keesokan paginya bermula dengan lawatan ke Basilica Cistern yang hanya 5 minutes walk from my hotel. Terasa sejuk bila memasuki tempat ini memandangkan ia berada di bawah tanah dan asalnya adalah tempa
t penyimpanan air. Lawatan di sini mengambil masa kurang dari 30 minit tetapi bayaran masuknya YTL10 which to me a bit pricy considering that there is not much to see except 2 medusa heads which formed the bases of 2 columns in here. Selepas itu aku berjalan mengikuti laluan tramway, berhenti sekejap di Sirkeci Railway Station, recce tempat di mana performance whirling dervishes diadakan dan seterusnya ke Eminonu a few minutes away, berdekatan dengan Galata Bridge yang menghubungkan bahagian Europe dan Asia of Turkey. Di sini aku melawat Eminonu Yeni Camii (Masjid Eminonu) yang mempunyai rekabentuk yang seakan-akan Masjid Biru tetapi lebih kecil saiznya. Di hadapan masjid ini ada banyak burung merpati and one can feed the pigeons here. Bimbang juga kalau-kalau terkena najis burung.

Di sebelah masjid ini ialah Egyptian Bazaar yang menjual barangan keperluan harian, rempah-ratus, household items and utensils, pakaian, Pashmina shawls dan scarves, pokok bunga, jewelleries, barangan seramik dan macam-macam lagi. Di sini aku terjumpa sebuah kedai yang menjual scarves yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Memang sejak tiba di sini, aku notice scarves yang dipakai oleh wanita Turki memang cantik-cantik coraknya.On the way pulang ke Sultanahmet, aku menyusuri lorong-lorong di sini dan melawat beberapa mouselum beberapa Sultan serta kaum kerabat mereka dan tokoh sejarah Turki. Memang banyak sampai tak terlawat tetapi aku sempat menghadiahkan Al-Fatihah di beberapa tempat yang aku singgah.

Kaki pun dah lenguh berjalan sepanjang hari, jadi aku pun ke Sultanahmet Park yang terletak di antara Masjid Biru dan Ayasofya untuk berehat sekejap dan grabbed dinner. Dalam perjalanan ke sini, sekali lagi aku dihampiri oleh lelaki Turki who introduced himself as Metin. Dia walked with me sampai ke Sultanahmet Park. Actually, bagus juga dia ada sebab tolong aku snapped pics dan cerita sedikit sebanyak tentang budaya masyarakat tempatan. Disebabkan hari tersebut hari minggu, memang ramai warga Istanbul beristirehat dan menghabiskan hari minggu mereka di sini.

Semasa sedang duduk watching the visitors at the park, ternampak a few boys in costumes with their parents. Metin memberitahu aku yang kanak-kanak ni pergi upacara bersunat and for this occasion, they are dressed up in costumes of a king or commander. Memang adorable tengok a bunch of them all in costumes. Aku juga diberitahu, either on Saturday or Sunday evening around 6.30 pm ada performance pancaragam di sini tetapi aku tak berpeluang menyaksikannya because I had to check out of my hotel and leave Istanbul for Selcuk that evening. So, that night I spent 12 hours in the bus making my way to my next destination. It was an interesting bus ride but I am saving it for my next entry.

Next entry - Pamukkale, Ephesus, Cappadocia


11 comments:

Xis said...

Nurul
glad that you had a safe and good trip... :)

Nurul Abid said...

Xis - as much as I enjoyed my travel, it is always great to be back home. Thanks...

Rush Murad said...

bestnya background music ni! ur story pun very smooth... cuma macam tak puas tengok pics tu semua..... sabar menanti cerita selanjutnya...

Nurul Abid said...

Rush - background music ni I terdengar dimainkan di one of the music stores di Istanbul. Terus bought the CD. It's collection of Turkish ethnic instrumental songs. Kalau u nak I can send the MP3s. Pics 2 selected ones aje. Tunggu next entry yer :)

Anonymous said...

memang best travel alone... cuma part yg tak best, it's hard to take pic of urself hehehe...

glad that u enjoy istanbul. i wish i could go there again...

Nurul Abid said...

Zal - yalah, lecehlah sikit kena minat tolong org ambilkan pic. Istanbul is a beautiful city. I think I cld live there.

Rush Murad said...

nurul, kenapa tak letak caption kat pics u... tertanya2 gak tempat apa etc... nice pics lerrr....

Nurul Abid said...

Rush - memang I ada letak captions kat most of the slides if not all. Entah kenapa tak jap keluar jap tak kat blogger ni.

Harajuku PearL said...

Welcome home....! very nice entrylah Nurul. I love when when reading pple's trip and try to imagine the scene. Pato's been there, I haven't though....one day..insya allah..one day.. ;)

Pearl@Home

Nurul Abid said...

Pearl - u should go there. Pato dah boleh jadi tour guide kan. Now dah planning for my next trip tapi in Asia ajelah.

Rush Murad said...

Nurul - bila i baca semula ur entry (dah 3 kali baca tauuu.... berangan nak pi sana nih), i dapat rasakan perasan 'lonely traveler'... macam i gak yg selalu travel sorang2, sebenarnya ianya memberi kita peluang utk mengenali diri sendiri, mengimbas masa lampau dan melihat masa hadapan... kadang-kala kita rasa sungguh berdikari, lepas bebas...ada ketika kita rasa seperti berdiri sorang2 menghadapi dunia ni. bila berjumpa rakan traveler, kita seronok dan tahu ada ramai lagi manusia yg baik2 kat luar sana... apabila berdepan dgn situasi sukar semasa travel, kita cuba utk mengatasi, dan bila sudah dapat atasi, kita akan rasa sedikit 'superior', kita puas, kita tahu yg kita kuat, kita ada semangat, kita berusaha.... dan pasti akan berjaya. Bukan senang nak travel sorang2 kat negeri orang, especially bagi sorang perempuan.... lebih banyak cabaran dan dugaan... i salute u lah!
(tetiba aku jadi philosophycal...hiksss)