Tuesday, June 26, 2007

No Ordinary Luncheon

Sememangnya kadang-kala aku dan rakan sekerja yang lain membuat perancangan makan tengahari in advance terutama sekali sekiranya tempatnya special sedikit dari kebiasaan. Pada hari ini venuenya adalah di Restoran Rebung yang terletak di Lorong Maarof, Bangsar kurang 15 minit dari our office. Restoran Rebung ini dimiliki oleh celebrity chef, Chef Ismail dan Sheikh Muszaphar Shukor (the latter name rings any bell?). Malaysia's first astronaut lor and recently listed as salah seorang daripada 30 lelaki yang digilai dalam majalah Wanita bulan Jun 2007). At RM28 for buffet lunch, harga memang berpatutan considering the wide buffet spread from gulai-gulai masakan kampung to the Malay traditional kuih-muih.

Kami berenam adalah pelanggan yang pertama pada hari itu dan yang paling mengejutkan bukan kerana personally disambut oleh the ever bubbly Chef Ismail himself tetapi siap dengan paluan gendang dan loceng oleh beliau. Sudah beberapa kali aku ke sini sebelum ini, tak pernah pula disambut sebegitu walaupun sudah beberapa kali berjumpa dengan Chef Ismail. Selepas kami mengambil makanan, Chef joined us at our table and had his lunch. Apalagi riuh meja kami dengan Chef yang sememangnya peramah, ditambah pula kami yang asyik melayan. Dalam bergurau-senda gelak ketawa tu, Chef sempat berkongsi perancangannya untuk restoran tersebut termasuk membuat cultural show with kampong style set up. Sepanjang kami menjamu selera, kami dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu Kak Pah membuatkan aku teringat kepada seorang rakan yang amat meminati beliau. Kalaulah dia ada di sini, mesti dia enjoy the food and ambience sambil dihiburkan oleh penyanyi pujaannya.


We also unexpectedly berpeluang bertemu dengan Sheikh Muszaphar yang pulang bercuti for 3 weeks. Aku hampir-hampir tak mengenalinya sebab the last time I saw him at Rebung was before he started his training and he was much much fairer and berisi sedikit. Now a little darker and thinner maybe because of all the training. Selepas kami habis makan, he came and sat at our table dan peluang tidak dilepaskan untuk bergambar dengannya. There we were squeezing into the 3-seater sofa which was absolutely fine with us ladies (*grinning*). Sempat juga aku bertanya perkembangan terbaru and wished him all the best.

Pulang ke pejabat, kami berkongsi cerita dengan a few colleagues tentang our encounter with Sheikh Muszaphar. Kebetulan pula salah seorang daripada rakan wanita aku was admiring him in the Wanita magazine the day before. She could only looked at us with her mouth opened and "green with envy’.

Anyway, I will be going to Rebung again in a couple of days to meet some bloggers but that will be another story……….

Wednesday, June 13, 2007

Cuti D'Langkawi


Destinasi percutian keluarga aku kali ini adalah ke pulau lagenda, Langkawi. Kami sekeluarga seramai 9 orang ke Langkawi menaiki pesawat Airasia dan tempat penginapan yang dipilih ialah Mutiara Burau Bay Beach Resort yang terletak lebih kurang 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Walaupun terpaksa menunggu sehingga lebih 30 minit semasa check-in, itu semua berbaloi apabila melihat pemandangan pantai dan laut yang mengasyikkan dari beranda Burau Suite dua bilik sementara dua adik lelaki aku pula menginap di cabana dengan katil berkembar yang terletak bersebelahan.

Walaupun ini adalah kali pertama aku menjejaki kaki ke Langkawi, aku tidak membuat perancangan untuk menerokai seluruh pulau. Tujuan aku ke sini lebih untuk merehatkan minda dan badan tanpa memikirkan soal kerja di samping meluangkan masa bersama ahli keluarga. Pada hari ketibaan, kami meluangkan masa berehat di cabana sambil melayan anak-anak buah aku berendam di dalam jacuzzi tab di beranda cabana dan bersantai di tepi pantai hingga lewat petang. Pada hari kedua selepas mandi laut di waktu pagi, baru kami ke beberapa tempat menarik di Langkawi menaiki kereta yang kami sewa dengan kadar RM100 sehari untuk 2 buah kereta Wira. Kadar ini jauh lebih murah dari kadar yang dipamerkan di lapangan terbang.


Tempat menarik yang dilawati ialah Langkawi Oriental Village di mana terletaknya Kereta Kabel dan Curved Suspension Bridge, lebih kurang 10 minit dari resort. Pemandangan sepanjang perjalanan ke atas menaiki kereta kabel memang menyejukkan mata dengan kehijauan hutan dara Hutan Simpanan Gunung Machincang, Air Terjun Telaga Tujuh dan sayup mata memandang, gunug-ganang, pantai serta pulau-pulau yang mengeliling Langkawi. Apabila melihat ke bawah, ngeri membayangkan bagaimana kalau kereta kabel yang kami naiki ini jatuh ke dalam hutan di bawah. Kebetulan pula kakak aku, Kema sebut pula mengenai peristiwa kemalangan di sebuah negara jiran di mana sebuah kereta kabel jatuh. Memang tak sayang mulut betul kakak aku ni!

Sewaktu kami menghampiri hentian pertama, aku terpegun melihat Curved Suspension Bridge yang merentangi banjaran Gunung Machincang. Seperti Gunung Machincang yang mistik, jambatan tersebut bagi aku seperti suatu ilusi dan fantasi yang mengingatkan aku akan filem Lord Of The Rings. Salah satu perkara menarik tentang jambatan ini adalah seluruh strukturnya disokong oleh sebuah menara tinggi yang ditanam jauh di bawah antara lembah gunung ini. Aku kagum bukan sahaja kerana jambatan ini dibina pada paras ketinggian hampir 700 meter tetapi juga bagaimana bahan-bahan binaannya dibawa ke ketinggian tersebut memandangkan tiada jalan dari kaki gunung sehingga ke puncak. Sebaik sahaja tiba di Hentian Ke-2, kami merintis jalan denai bertangga menuruni ke jambatan tersebut. Semasa berdiri dan meniti laluan ke hujung jambatan, terasa jambatan tersebut berbuai-buai walaupun angin bertiup lembut. Aku tidak berani melihat ke bawah tetapi sekadar menikmati pemandangan indah di sekitar. Terasa seperti di awang-awangan pula.

Pada hari ke-3, pada sebelah pagi kami ke Padang Matsirat di mana terletaknya kawasan Beras Terbakar. Di kiri kanan jalan menuju ke kawasan ini, penuh dengan deretan kedai menjual pakaian, barangan handikraf, cenderahati dan ubat-ubatan terutama yang diperbuat dari gamat. Kawasan beras terbakar ini hanyalah sebuah kawasan kecil yang dipagari. Puas juga menguis tanah dari tepi pagar mencari beras terbakar tetapi hampa. Yang ada hanyalah beras terbakar di dalam botol yang dipamerkan di hadapan kawasan tersebut. Aku tidak lama di sini dan langsung menuju ke Kota Mahsuri sementara kembar aku sekeluarga membeli-belah di kedai-kedai tersebut.

Selain daripada terdapat makam dan perigi Mahsuri, tempat Mahsuri dikatakan dikebumikan ini telah dibangunkan menjadi sebuah kompleks yang agar luas dengan replika rumah-rumah tradisional Melayu, mini muzium yang mempamerkan barangan artifak berkaitan cerita Mahsuri di samping kedai-kedai menjual cenderahati. Terdapat juga pohon kekabu yang lebat berdekatan dengan makam dan beberapa ekor burung di dalam sangkar. Aku sempat juga meminta seorang pelukis melakarkan potret aku di sini pada harga yang agak berpatutan. Kami langsung ke Pekan Kuah untuk makan tengahari dan membeli-belah di kedai-kedai bebas cukai di sini. Aku hanya membeli fridge magnet Langkawi sebagai kenangan dan coklat untuk dibawa pulang. Aku tidak lama di sini kerana bagi aku tiada barang-barang yang menarik hati aku untuk dibeli walaupun kulihat berpusu-pusu orang memborong pelbagai jenis barang terutamanya pinggan mangkuk. Kembar aku terus sakan membeli-belah sehingga malam baru pulang ke resort sedangkan aku awal-awal lagi sudah pulang. Pada keesokan harinya sebelum pulang ke KL pada sebelah petang pun dia sempat menyambung aktiviti membeli-belahnya di Padang Matsirat sehingga anak buah aku, Ashin merungut tidak akan mengikut Mamanya membeli-belah lagi.

Di Langkawi juga aku terserempak dengan beberapa orang yang aku kenali. Semasa membeli tiket untuk menaiki kereta kabel, aku terjumpa dengan Khairil sekeluarga yang merupakan ahli rombongan semasa percutian aku ke Kaherah pada akhir tahun lalu. Lalu berlakulah adegan jejak kasih kerana sejak percutian tersebut, kami tidak lagi berjumpa. Aku juga terserempak dengan seorang mamat yang aku kenali di kedai Sony Style, Subang Parade semasa aku sedang membelek kamera digital di situ. Dia yang menyarankan aku membeli kamera digital jenama Sony berbanding dengan Canon dan Nikon, antara jenama lain yang dalam pertimbangan aku. Aku terima saranan beliau lalu membeli kamera digital Sony Cybershot T20 berwarna merah jambu. Sememangnya aku berpuas hati dengan ciri-ciri kamera tersebut dan hasil gambarnya. Kebetulan yang lebih mengejutkan ialah, mamat ni atau namanya Ouch tinggal di cabana bersebelahan dengan cabana aku. Peliknya kami tidak pernah bertembung di resort. Jemputan untuk makan malam darinya di cafe resort pada malam itu terpaksa aku tolak kerana pada waktu itu aku dalam perjalanan bersama keluarga untuk makan malam dan malam itu adalah malam terakhir aku di Langkawi. Memang kecil dunia ini.......

Walaupun ini adalah kali pertama aku menjejaki kaki ke Langkawi, tetapi pastinya bukanlah kali terakhir. Aku berhasrat untuk pulang ke pulau lagenda ini untuk melawat tempat-tempat lain yang menarik.....insyaallah....