Wednesday, October 31, 2007

Mushy Mushy Day

Today is a special day. Ramai yang all dressed up, siap berdandan ke pejabat. Terlalu sibuk ke hulu ke hilir, tidak terasa lagi nak rasa mushy mushy. Tak tahulah malam nanti or sudah nak akhir-akhir nanti, kut-kut ada empangan pecah. Today is also a sad and happy day for me. Mereka yang tahu dan mendengar khabar angin datang to confirm the desas-desus dan wished me. Sejak dua tiga hari lalu memang dah terasa sayu dah...sob...sob

Lunch hari ini pun special, kat Sakae Sushi di Bangsar Village 2. Sebab we all semua dah all dressed up for the big night tonight, apa lagi snappy sana sini.

Mosaic_Sakae Sushi

Sunday, October 28, 2007

Breaking The Silence

How time flies......Pejam, celik, pejam celik, Ramadhan sudah lama ditinggalkan dan tidak lama lagi Syawal bakal melabuhkan tirai. Sudah lebih sebulan lamanya laman ini 'dormant' tapi ini tidak bermakna empunyanya juga 'dormant'. Malah hari-hari yang telah dilalui memang warna-warni samada berkenaan hal-hal kerja atau peribadi sehingga sukar mencuri masa memastikan ada paparan terbaru di laman ini. What I have been up to all this while? Sedikit sebanyak inilah yang dapat diringkaskan dan rated-U, sesuai untuk tatapan semua lapisan masyarakat.
Cerita Syawal

Raya1428_Mosaic

Tiada berbeza dengan tahun-tahun lepas, Syawal disambut dalam kesederhanaan dikelilingi oleh keluarga dan saudara-mara terdekat. Walaupun sederhana dan tanpa keluarga kembar aku yang beraya di kampung mentuanya di Tawau, tetapi tetap meriah especially ada anak-anak cousins aku yang bertanggak di rumah aku. Terubat juga rasa rindu kepada Ashin dan Noah dengan kehadiran mereka. Yang menariknya, Syawal tahun ini secara kebetulan didominasi dengan theme hijau, jadi theme tahun ini ala-ala lagu Zainal Abidin "Hijau' lah. Sejuk mata memandang...By the 3rd Syawal, aku sudah pulang ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas pada keesokan harinya. Ada banyak desakan tugas yang perlu dibereskan. Memang heaven pergi balik ke tempat kerja during the rest of the week kerana trafik tersangatlah smoothnya dan pejabat juga lengang. Dapatlah aku siapkan kerja dengan aman damai tanpa gangguan.

Pada hari Ahad pula, aku lunch dengan Dirtypap selepas menerima sms darinya yang dia akan turun ke KL sebelum pulang ke Labuan. Kami bertiga termasuk rakannya, Mardi had lunch di Piccolo Mondo, Midvalley. Aku sebenarnya bekerja pada hari itu and should return back to the office, tetapi sebab terlalu leka bersembang, dekat 5 jamlah kami di situ. Harap-harap kali ini perancangan Dirtypap untuk bekerja di Semenanjung menjadi kenyataan. Aku doa-doakan sesangat. Adalah nanti mangkin buat teman aku jogging, kan Pap?

Seminggu selepas Raya pula aku kena cold and flu. Feverish, badan rasa weak and achy and continuous headache. My nose was blocked with mucus making it difficult to eat or talk because I had to breathe through my mouth. Tapi tetap jadi iron lady, gagah perkasa juga pergi kerja. It has been over 2 weeks now and I have been to 2 doctors. Unlike the first doctor who only gave me Panadol for pain and tablets yang entah apa, the second doctor gave me more medication including antibiotics, Clarinase and Menthol Crystal. Now my mucus pun dah dried up, just have to finish the medication especially the antibiotics. Itulah aku, memang jarang sakit tapi kalau once kena, mesti teruk and lama nak recover.

Yesterday, I had breakfast with Zeyn at Bawang Merah Cafe in Subang Jaya. Both of us had Nasi Lemak and Teh Tarik. We chat about the normal stuff from one topic to another. After that, he tagged along with me going around Subang Jaya looking for queue stands to cordone the Rangoli Decor. I did not find what I was looking for but I settled with something similar, garden fences which I bought at Giant Shah Alam. Anyways, thanks to Zeyn for the Kek Lapis and Cheese Cake.

Office Buzz!!!

Sebab lain why my cuti Raya aku tidak panjang adalah kerana ada beberapa persiapan yang harus aku buat untuk aktiviti sampingan di pejabat. My additional responsibility sebagai President Sports & Social Club, memerlukan aku turun padang untuk memastikan plan for our next activity berjalan dengan lancar. One of them was to decorate the office bersempena dengan the upcoming Diwali. Unlike last year yang lowkey, this year we went all out termasuk menjemput artiste untuk membuat hiasan Rangoli atau lebih dikenali sebagai Kolam di reception area. I was impressed to see how fast he finished such a complicated (to me lah!) peacock design in less than half an hour. Lihatlah hasilnya!
Rangoli_Mosaic

On the way to the office after my rendezvous with Zeyn, I decided to stop by at Speedway Plus Karting Circuit where the German Society of Kuala Lumpur organized a Go Kart Competition. Since my company ni is a German company, we sent 3 teams as contestants. Terasa macam kat German pula masa kat situ sebab majority yang attend and participate pun them. At that stage one of my participating colleagues qualified to go to the final. Mamat ni yang on that day itself diberi nama gelaran "Mangkuk Tingkat" (tidak kena mengena dengan sebab dia qualify to final) ni kiranya macam Underdog sebab memang tak pernah masuk Go-Kart and dapat masuk final. Although minorities, we were the ones yang paling kuat bersorak and cheering for him. Yang paling best, si Mangkuk Tingkat ni dapat 3rd place! Riuh sekampung we all bersorak. We all yang ala-ala gadis litar masuk interframe ambil gambar masa penyampaian sijil dan medal. Tumpang glamour katanya...

What's Next?

Here is a sneak preview. Buah tangan untuk jemputan seramai 400 orang. Small and intimate. Belum boleh sit back and relax. Loads more needs to be done!