Tuesday, October 17, 2006

Menjelang Syawal

Dengan Syawal yang bakal menjelang, persiapan raya juga semakin rancak. Dua minggu lalu aku sudah mengambil baju kurung pesak dari songket Pakistan yang ditempah di sebuah kedai di Semuahouse. Aku amat berpuashati dengan hasilnya dan aku turut membeli sepasang brooch untuk dipadankan dengan baju tersebut. Dua pasang lagi kebaya Kema tolong collect dari tailor hari ini sebab aku memang takkan sempat ke kedai itu selepas waktu kerja. Pada hari minggu yang lalu, aku, Kema dan Mak ke Parkson di Putra Place untuk membeli pakaian kasual dan kasut raya untuk anak-anak buah aku. Si Asheen insists baju dia mesti warna pink dan kasut kena ada heels. Noah pulak is just too young to have fashion sense, till then, he'll just wear whatever we buy for him. Hari ini pula, Bobo (nickname for my twin sister) called minta belikan baju kurung untuk Asheen. Baju kurung yang ditempah telah disalah potong oleh tailor di KK. According to Bobo, lehernya terlalu besar hingga belahnya sampai ke perut Asheen. Tergelak bila aku bayangkan rupa Asheen pakai baju tu.

Last weekend juga, bahan-bahan untuk membuat biskut raya dibeli. Biskut raya yang wajib sudah semestinya Coklat Gajus, Badam Potong, Mata Kucing dan Cornflakes. Masa tu mulalah buka resipi yang mak tulis dalam diari. Diari berisi resipi tu dah macam legasi dalam keluarga sebab dah bertahun-tahun dalam simpanan dan dirujuk setiap kali menjelang raya. Sebagai tambahan, aku bercadang membuat Tart Nanas, Mandarin Cupcake dan Marble Cake. Ambitious betul tapi tak tahulah larat ke tidak. Mahu bersengkang mata sampai dua tiga pagi tunggu kuih raya masak dalam oven macam tahun-tahun yang lalu.

Insyaallah, selepas sahur Sabtu ni, aku akan bertolak dengan Kema ke TI. Liza dan Shahrul akan bertolak keesokan harinya selepas mengambil Bobo dan family at the airport that morning. Semoga semuanya selamat sampai ke kampung untuk beraya bersama.

11 comments:

perjalanan hidup said...

wah! pandai buat kuih rupanya. ingatkan main tunjuk2 je kat kedai. hiks! aku minat sangat kuih tart nenas. kalo tart gulung lagi sker.

ZaKiN said...

uikss..banyak kuih raya erkk.?? selamat ari raya nurul.. moga selamat dalam perjalanan balik ke kg.. huhuhu..

Anonymous said...

banyak kuih raya ko plan nak buat...mandarin cupcake aku tak pernah tengok pun, klu dah siap nanti ko tayang lah kat blog ni....mak & adik-beradik pompuan aku sibuk menyiapkan berapa jenis biskut je tapi banyak gile...pasai nak deliver to clients before orang bercitu raya...

Nurul Abid said...

Pap - dulu mak yg selalu buat, sekarang ni semua tanggungjawab 2 dah diambil alih dek anak2 pompuan dia. Mak jadi mandur jer. Kite jarang beli biskut dr kedai, this yr mmg tak beli langsung. Nak kata terror 2 taklah, tp so far takde sapalah kena sawan ke, food poisoning or R.I.P makan biskut buatan kite...keh..keh...keh. Tart gulung tak tahu ler. Buat tart yg biase2 aje, e2pun the 1st and last time buat many2 years ago. U mmg dah balik Labuan yer on Oct 31? Aiseyman...

MK - terima kasih....Selamat Hari Raya 2 u 2. Minta maaf kalau ader tersilap kata dalam comment kiter kat ur blog yer. Kesian awak tak dapat balik beraye. Call keluarga especially ur Abah pagi Raya nanti. Dendang perantau ler nanti 2. Mesti sedey tp tabahkan hati. Insyallah, harap2 perjalanan kiter selamat pergi dan balik.

Shahril - family u berniaga jual kuih raye ker? Mesti lumayan. Mmg plan nak post pics biskut raye 2 bila dah siap nanti. Look dier taklah fancy tapi mmg my family punya favorite. Last yr mmg kite ader buat mandarin cupcake on hari raye tp just untuk makan gitu2 aje. Cupcake 2 disalut dengan strawberry jam, pas2 ngan grated coconut dan ceri merah di atasnya. Opah kiter suker makan.

Anonymous said...

famili tak berniaga biskut raya pun tapi depa yg beriya2 suruh mak jual. Jual pun kat orang yg rapat je. I ni tukang makan .hehe...u kampung kat mana? my dad's kampung at Kampung Dato' Ahmad Said around Manjoi. Wishing u Selamat menyambut hari raya aidilfitri & maaf zahir batin....

Nurul Abid said...

Shahril - kiter asal dari tempat yg ader Menara Condong 2. Tahu kat mane? Tak yah g Itali nak tengok Pisa Tower 2. Manjoi rupanya? Tak balik Manjoi ke?

Selamat Hari Raya to u 2. Maaf Zahir Batin. Makanler byk2, u kan kena dibuat korban ujung tahun ni.

pugly said...

Selamat Hari Raya, Serial Plant Killer! Maaf Zahir & Batin :-)

Wah, rajin you buat kuih ye. I buat 2 jenis last year pun tunggang langgang satu dapur. So this year I ambik kuih telunjuk je.

Nurul Abid said...

Pugly - rajin tak rajin kena buat sbb tak puaslah makan kuih raye yg main tunjuk2. Dah macam tradisi every year mmg buat sendiri.

Selamat Hari Raya 2 u 2. Maaf Zahir & Batin. Hope u have a joyful Raya with ur loved ones.

Anonymous said...

just came by here because I saw your interesting name - as long as you don't kill trees, it's fine by me.

SHR AF MZB

Nurul Abid said...

Bahan*Kelabu - I literally did but it's purely unintentional. As much as I love green plants and had bought several to put in my apartment, they all seem to be shortlived. Me and plants, we do not have chemistry.

Anonymous said...

tahun ini sama mcm raya sebelumnya sambut raya kat bt caves je then ptg @ mlm baru balik kg jln ipoh. Manjoi tak balik pun coz boss(bapak) tak nak balik sana. lgpun atuk & opah mana ade lg. just tinggal pakcik & makcik je dok sekitar ipoh.

ooo asal teluk intan rupenya...so macamane raya thn ni? mesti meriah sakan...

korban??ooo itu lambat lagi pasal nak kena tambah banyak daging skit baru sedap dimakan, manis & berbaloi. klu ikut perancangan thn depan jadi korban. hahaha....