Wednesday, October 04, 2006

Dia Dalam Kenangan & Doa

Sejak bermulanya Ramadhan 10 hari yang lalu, ingatanku kepada lelaki ini semakin kuat, sayu rasa hati terutamanya bila mengingatkan saat-saat manis bersama dia. Dan sejak 12 tahun yang lalu, pada pagi Raya, aku akan menziarahi dia berbekalkan air Yassin dan segenggam daun pandan. Di situlah tempat bersemadinya seorang lelaki yang pernah menjadi sebahagian hidupku dan takkan ada gantinya.

Masih segar dalam ingatan peristiwa 12 tahun yang lalu seperti baru semalam berlaku. Tengahari itu, Abah pulang dipapah oleh Mak dan Tok Mat selepas 'collapsed' di sekolah. Percakapan Abah kurang jelas dan pandangan Abah kabur. Cuma mampu menggeleng kepala bila disebut mahu dibawa ke hospital.

Ketika melihat Abah terbaring tidak bermaya dalam ICU dengan tiub, wayar dan monitor ECG disambungkan ke badannya, aku tak dapat menahan airmata daripada tumpah, laju mengalir seperti empangan air yang pecah. Aku genggam erat tangan Abah, tak sangka Abah yang selama ini memang aktif, sekarang ni terlantar tidak berdaya dengan sekelip mata. Aku lihat airmata Abah mengalir, aku kesat airmata Abah dan aku usap kepala Abah. Aku bisik ke telinga Abah memberitahu Abah aku ada disisinya. Pada awal pagi Januari 4, 1995, aku terima panggilan telefon dari hospital yang Abah sudah tiada lagi. Mak semasa itu dalam perjalalan ke hospital untuk memulakan giliran menjaga Abah yang telah dipindahkan ke wad biasa selepas seminggu di dalam ICU.

Apabila jenazah Abah tiba di rumah, aku mampu mengawal emosi, tiada ratapan, raungan cuma tangisan kecil keluar dariku. Aku tatap wajah Abah, ada airmata bertakung di kelopak matanya yang aku kesat perlahan-lahan dengan tisu. Bila adik-beradikku sampai, tiada kata-kata antara kami, hanya pelukan erat dan tangisan yang menggambarkan perasaan masing-masing. Mak, kulihat tidak mengalirkan setitis pun airmata. Aku tahu Mak kesedihan tapi mungkin dia mahu kelihatan tabah untuk anak-anaknya.
Sebelum wajah Abah ditutup dengan kain kapan, aku kesat airmataku dan aku cium dahi Abah, terasa sejuk dingin. In spite of all this happening, aku masih berasa seperti semua yang berlaku pada hari itu seperti mimpi even semasa aku mengiringi jenazah Abah di dalam kenderaan jenazah ke masjid dan ke tanah perkuburan. Hanya selepas segala-galanya selesai dengan lancar, pada malam itu aku masuk ke bilikku, aku macam baru tersedar yang Abah dah pergi selama-lamanya. Di dalam kegelapan, aku menangis sepuas-puasnya. Malam itu, aku keseorangan tidur di atas katil di mana jenazah Abah dibaringkan dan kain pelekat Abah menjadi selimutku.

Beberapa tahun selepas itu, Mak beritahu yang Abah pernah berkata kepada Mak yang kalau dia pergi dulu, dia nak Mak pastikan semua kami adik-beradik sampai ke menara gading. Mak bersyukur yang amanat Abah sudah dia tunaikan. Cuma aku terkilan Abah tak sempat melihat kami menerima ijazah dan untuk aku membalas pengorbanan Abah selama ini. Tapi, aku sentiasa berpegang, apa yang berlaku ada hikmahnya.

Al-Fathihah untuk Abah...................



10 comments:

pugly said...

This entry almost draws tears to my eyes.

Al-Fatihah to you dad, too - moga dia ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman ...

Hang in there. Rest assured that even though he is not with you physically, he can still see from afar - & how well all of you have turned out to be.

perjalanan hidup said...

rasa sebak baca entry u kali ni. i harap sangat dapat bahagiakan parents i sementara diorang masih hidup. al fatihah to your father, amin.

Azer Mantessa said...

al fatihah ...

Nurul Abid said...

Pugly - it has particularly changed my relationship with my loved ones. Although it may not b perfect but at least we don't take each other 4 granted and express our love openly since then. Life is just 2 short.....

Pap - e2lah yang sebaik-baiknya supaya kite tak ralat di kemudian hari.

Azer - thanks

ZaKiN said...

sebak.. aku tak tau jika aku di situasi nurul.. kekadang takut untuk sampai ke situasi itu..!! aku terlalu sensitif jika ada cerita kehilangan abah....

Nurul Abid said...

MK/Zac - yang hidup pasti akan mati. Itu hakikat and inevitable. Cuma bila je tak tahu. 6 bulan yg pertama, memang rasa sedih sangat. Almost affected my study. Tidur pun dengan gambar Abah dalam dakapan and kain pelekat dia buat selimut. Tapi Mak banyak bagi perangsang dan semangat. Life has to move on. Bila fikirkan balik, mmg ada hikmah di sebaliknya, biarlah kite ajer yg tahu.

Anonymous said...

Nurul- al-fatihah to your late father......

Nurul Abid said...

Rush - thanks a bunch. Bila baca Yassin untuk dia, mesti nangis punye.

ZEYN, THE PERPETUAL STRANGER said...

al fatihah...we do sit in the same boat, aye?


shah

Nurul Abid said...

Shah - we do? My empathy to u.