Sunday, July 01, 2007

The Week That Was

Khamis lalu aku ke Rebung sekali lagi tetapi, bukan untuk 'mengintai' si Abang Astronaut tetapi untuk dinner dengan seorang former blogger, Dirtypap. Ini pun secara kebetulan apabila aku menghantar sms kepadanya minggu sebelumnya untuk bertanya khabar after he decided to put his blog "Perjalanan Hidup" to rest dan memberitahu aku dia berada di Johor pada waktu itu dan akan ke KL a few days later for a seminar. So, we agreed to meet and this time, I invited Xis, Bila Pena Menari to join us menjadikan dia blogger yang kedua bertemu dengan Dirtypap in flesh selepas yours truly. From my office building, where headed to Rebung in Xis's car. Instead of buffet dinner, this time I opted for ala carte Nasi Goreng Kampung (spicy one) sementara Xis dan Dirtypap ordered Nasi Goreng Special Rebung. Pilihan ala carte sememangnya tak banyak tetapi yang menarik di sini nama-nama air minumannya memang unik, Janda Pulang, Mayang Sari and a few more tetapi aku dan Xis chose Syrup Sarbat with cinnamon whilst Pap settled with a more common drink, Iced Lemon Tea. Geram juga aku dengan mereka berdua ni tak adventurous mencuba buffet dinner. Yang seorang berdiet dan seorang lagi memang jenis tak makan banyak. Haiyoooo....Both of them skipped desert but I had pengat pisang. Memang dah lama nak makan pengat pisang but everytime datang ke sini, pengat lain yang ada. It was a lucky night for Xis as Rebung played Kak Pah's songs that night although in between adalah suara-suara sumbang dari guests yang menyanyi karaoke till at a point we literally covered our ears...pitching lari ler....

Soalan cepumas yang ditanya kepada Pap of courselah kenapa dia decided to put blog 'Perjalanan Hidup'nya to rest. Alasannya tiada apa yang nak diceritakan. Xis dan aku 'lectured' Pap kalau ya pun takkan sampai delete, at least change permission setting tu just in case tiba-tiba terasa nak sambung aktiviti blogging. Sayang effort yang dah dibuat menulis dan merias blog tu. Anyhow, rice dah jadi porridge, nak buat camna. Jenuh bersembang dan berbual dari satu topik ke satu topik, tak sedar waktu berlalu hingga hampir 12 malam. Cashier pun dah datang minta bayaran sebab nak tutup buku dan start serve nasi lemak panas (Pada hari Khamis hingga Sabtu dari pukul 11 p.m. hingga 2 a.m., di Rebung, nasi lemak panas dan teh tarik available at hawker's price - promote ler ni). We dropped by at KL Sentral for Pap to pick up his bags and after Xis sent us back to my car parked near the office, aku menghantar Pap ke condo rakannya di Vista Angkasa. I felt sorry for Pap juga sebab perancangannya untuk menyambung Masters di UM dan move back to KL tidak kesampaian. Mungkin khidmat murninya masih diperlukan oleh penduduk Labuan....sabar dan tawakal aje Pap. Ada hikmah di sebaliknya.....
On Saturday night, aku menghadiri wedding adik colleague aku di Brickfields. Another Indian wedding tetapi kali ini tiada wedding rituals, hanya wedding reception sahaja. Mula-mula tu bercadang nak pakai sari yang dihadiahkan oleh seorang rakan dari Chennai tetapi tak sempat pula nak menghantar sari itu untuk dijahit. Last-last pakai sahaja dress dan kebaya dari Thai silk yang sudah lama terperap dalam wardrobe. Nasib baik muat lagi though I have put on a couple of kilos. My colleagues and I car pooled from our office and arrived at the wedding venue, a hall in the compound of Buddhist Temple about 9 pm. Bila kami sampai sahaja, terasa overdressed pula sebab ramai juga guests yang dressed so casually in jeans and T-shirts especially Cha Ya Nun Alif. Isykh...macam tak hormat the host aje those yang do not bother to dress appropriately ke majlis orang. Anyways, selepas makan nasi beriyani yang sememangnya sedap walaupun aku hanya jamah sedikit sebab dah had dinner earlier, kami beredar dalam pukul 10 pm. On the way balik, ada pula yang suggest singgah di mamak for teh tarik. Hilang akal agaknya diorang ni pergi ke mamak in those attire!

On Sunday pula, around 10 am aku dah ke The Curve mencari buah tangan untuk housewarming a friend di Cheras. Dah terlalu lama tak bersua muka dengan rakan aku ni, hanya occasional phone calls dan e-mails sahaja menjadi penghubung. So, when I received an e-mail invitation from her to a housewarming at her newly built house, aku luangkan masa untuk hadir walaupun aku sebenarnya memang tak tahu jalan ke Cheras. So there I was making my way to Cheras based on the direction she gave, main bulldozed aje. I finally arrived at a 3-storey bungalow house, the one and only there and gave her a call just to make sure I was at the right house. Alhamdulillah, begitu murah rezeki dia sekeluarga, dari duduk di apartment, sudah mampu membina rumah bungalow. After a tour of the bungalow dan menjamah makanan yang sedap, siap ada sambal tempoyak yang dibuat oleh ibu mentua kawan aku ini, aku meminta diri untuk temujanji with Hazura di Dome, Subang Parade. We had casual chat over drinks about the latest updates and gossips continued with dinner at Gazebo. We all jumpa agak often juga tapi still masih banyak yang nak dicerita-ceriti. It was already almost 9 pm by the time we knocked off for the day.

It has been an eventful week with too much excitement tetapi tidak sunyi dari dugaan dan kesedihan. Tomorrow is the start of another working week.....God knows what's in store for me....

4 comments:

Rush Murad said...

Nurul - you have beedn tagged for a charity cause - check my blog for details

Nurul Abid said...

Rush - I seram bila kena tag ni. But since it's genuinely for charity, oklah. Maybe my small contribution will come a long way...I'll get it done...insyallah..

Anonymous said...

memang setuju ngan u.. kalau gi wedding, mostly Cha Ya Nun Alif tak pernah follow dress code.. selalu je pakai t-shirt & blue jeans...

Nurul Abid said...

MT - maybe next time dalam invitation card kena mention dress code kut. Malam tu I terasa overdressed pulak sebab ramai yg sooo the very casual.