Thursday, August 31, 2006

Merdekakah Kita?

Pada pagi Hari Merdeka ni, aku teringat lagu WARISAN yang sering dinyanyikan semasa di sekolah dan UiTM Di Hatiku. In the hype of Merdeka celebrations ni, kita gembur-gemburkan tentang pencapaian, tapi bagaimana dengan failures? Aku sebenarnya sedih sebab masih ramai bangsa Melayu yang lalai dan ada mentaliti yang sentiasa mengharapkan subsidi dari kerajaan, Melayu kena tolong Melayu (in spite of most of them do not deserved to be helped) instead of berusaha sendiri. Kalau dah diberi pertolongan, tak menghargainya dan mensia-siakannya sampai ada yang sanggup menggadainya pulak. Allah juga takkan tolong hambaNya kalau hambaNya sendiri tak berusaha. Adakah tanpa semua ni, kita tak boleh survive...............merdekakah kita? Mungkin jasad kita merdeka tapi minda kita? This requires major paradigm shift.....dan aku faham Mahathir's frustration.......thanks to Malay Dilemma yang banyak membuka minda and to my parents yang telah membesarkan aku dengan fikiran Melayu baru.

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Unfortunately, aku tak jumpa lagu Warisan untuk diperdengarkan dan dihayati bersama tapi diharapkan lagu UiTM Di Hatiku ini akan mengingatkan kita.

No comments: