Sabtu lepas telah berlangsung sebuah majlis pertunangan di Teluk Intan. Aku pulang pada hari Jumaat selepas kerja kerana tidak dapat ambil cuti kerana baru sangat mula bekerja di tempat baru. Awal pagi lagi, di luar dan dalam rumah, ramai saudara-mara dan jiran tetangga sedang rancak membuat persiapan terakhir terutama sekali lauk-pauk untuk dihidangkan untuk rombongan dari pihak lelaki dan para tetamu. Walaupun lauk-pauk catered tetapi hidang-menghidang dilakukan sendiri dengan bantuan saudara-mara dan jiran tetangga. Masih kuat masyarakat di sini berpegang kepada semangat gotong-royong dan bersepakat dalam hal-hal kenduri-kendara ini. Lauk-pauk yang dihidangkan kebanyakannya masakan kampung - gulai lemak nangka, rendang tok, kerabu, ayam goreng berempah, kacang botol dan sudah pasti tidak ketinggalan, sambal tempoyak (lepas gian aku makan sambal tempoyak!).Hantaran bertemakan rona hijau sudah sedia tersusun di atas katil kecuali tepak sirih dan gubahan sejadah. Semuanya ada 11 hantaran dari pihak perempuan. Semasa sedang meneliti barangan hantaran satu persatu, terperasan pulak pada salah satu hantaran iaitu sebuah kek yang tertulis Selamat Bertunang, nama pihak lelaki di atas kek disalah eja - Erwin (pronounced as air-wind) menjadi Arvin. Perkara itu menjadi bahan gurauan - jangan pula tiba-tiba yang datang nanti a/l instead of bin....
By noon, everything seemed to be all set to go, hanya menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki. Then somebody asked, "mana tepak sirih dengan gubahan sejadahnya?". Bergegas salah seorang cousin aku ke rumah jiran yang sepelaung sahaja untuk mengambil barang-barang tersebut untuk melengkapkan hantaran. Anyways, upacara merisik dan perbincangan di antara kedua belah pihak berjalan dengan lancar, diikuti dengan upacara menyarung cincin merisik dan cincin pertunangan sebagai tanda janji telah dimeterai.
Alhamdulillah, majlis yang boleh dikatakan planned and happened in short notice telah selesai, kecildan sederhana tetapi tetap meriah. Tahniah kepada cousin aku, Liana yang akhirnya telah ketemui in realiti jejaka dalam bluesnya, Erwin. Didoakan semoga alam pertunangan ditempuhi dengan penuh kekuatan iman dan jiwa sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan pada 1 Zulhijjah depan.
Background Song : Wanita Yang Kau Pilih by Rossa
