Monday, September 24, 2007

When Friends Meet - Get Well Soon, Mum!

Sebenarnya sudah beberapa kali membuat perancangan berjumpa dengan beberapa rakan over dinner tetapi selalu sahaja tertunda atau terpaksa dibatalkan kerana jadual kerja dan peribadi masing-masing selalu clash. Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan ini, Jumaat lepas kami dapat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama walaupun tempat untuk berbuka beberapa kali bertukar dari Bangsar Seafood ke Rebung dan akhirnya settled with KL Convention Centre. Initially, there were supposed to be 7 of us - Hazura, Helen, Stephanie, Kasuma, Mohar and wife tapi at the 11th hour, Stephanie had to take a raincheck. All of us used to be colleagues and have known each other between 5 - 7 years and after we went our separate ways about one year and a half ago, we still remain in contact.

Aku tiba di KLCC sejam lebih awal dari waktu berbuka untuk berjumpa dengan Helen for some private and personal conversation. Sempat juga menjengah sales di I-Setan exclusive for its members. Setengah jam sebelum waktu berbuka, seorang demi seorang tiba di tempat yang dijanjikan iaitu di Exhibtion Hall 5 of KL Convention Centre. Walau terdapat a little mixed up with our reservation, alhamdulillah kami mendapat meja yang terletak berdekatan dengan tempat juadah yang disediakan. Cara hidangan adalah secara buffet dengan konsep gerai-gerai yang terletak di tengah-tengah hall. Juadah yang disediakan terdiri daripada makanan tempatan dan 2 gerai yang menyediakan makanan Jepun dan Arab. Aku menjamah sedikit sebanyak beberapa juadah dari lamb kuzi, murtabak, ketam bakar, mee goreng mamak, banana fritters, Japanese food amongst a few. Semasa makan, tetamu turut dihiburkan oleh lagu-lagu Melayu asli yang dimainkan oleh secara live oleh beberapa pemuzik di atas pentas. Tidak seperti di hotel, di sini tidak perlu bersesak-sesak dan bergesel bahu untuk mengambil makanan kerana jumlah meja yang available for reservation terhad membuat orang tidak ramai ditambah pula dengan ruang hall yang besar.

Sambil makan, kami bersembang dari satu topik ke satu topik. Banyak benar yang diceritakan dan dikongsi terutama update each other tentang perkembangan some of our mutual friends and acquaintances. Ada yang bernasib baik, ada yang tidak, ada cerita sedih, ada cerita gembira dan ada juga cerita yang menjadi pengajaran termasuk berbincang tentang some business opportunities. Kerana terlalu leka bersembang, tidak sedar waktu sudah 10 p.m. iaitu the end of the buffet dinner. Kami merupakan tetamu yang terakhir beredar sementara pekerja-pekerja sudah mula mengemas meja dan clearing the food.

Keesokan paginya, aku ke sebuah klinik di PJ untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Suatu yang perlu aku lakukan untuk memenuhi requirement pihak tertentu. Nasib baik semua ujian kesihatan berjalan dengan lancar dan selesai dalam satu setengah jam. Keputusan ujian akan diketahui dalam masa seminggu. Dalam itu sempat juga berkenalan dan bersembang dengan a few people yang membuat pemeriksaan kesihatan dengan tujuan yang sama. The main question we asked each other was when is the D-Day.

By noon, aku bertolak ke Teluk Intan accompanied by my aunt. Sepatutnya kakak aku, Kema ikut bersama tetapi di saat akhir dia diarahkan ke India atas urusan kerja. Monyok sahaja muka dia semasa aku singgah sebentar mengambil kek untuk Mak di condonya pada malam sebelumnya kerana terpaksa ke India. Sebab utama aku pulang adalah untuk berbuka dengan Mak. Kebetulan pula beberapa hari sebelum itu adik aku menghantar berita Mak kurang sihat, muscle di bahagian pinggang lari semasa gardening. Walaupun sudah berjumpa doktor dan diberi ubat, masih terasa lagi sakitnya. Selepas ini, kalau dalam seminggu ini masih tidak pulih, aku bercadang hendak membawa Mak ke SJMC. Tambahan pula Mak akan ke Kota Kinabalu seminggu selepas Raya ditemani Liza dan Kema untuk menjenguk cucu-cucunya dan meraikan their belated birthdays kerana kembar aku sekeluarga akan beraya di Tawau tahun ini. Aku pula tidak pasti samada aku boleh turut serta atau tidak kerana banyak perkara yang harus aku selesaikan. Harapan dan doa aku agar Mak akan beransur pulih by Raya dan dapat melawat cucu-cucunya, insyaallah.

11 comments:

shahril aley said...

wah kenyang sungguh la makan & sembang sampai pukul 10pm.

shahril aley said...

wah kenyang sungguh la makan & sembang sampai pukul 10pm.

Xis said...

Nurul
this instrumental of Ada Cinta.. hmm.. is soooo touchy.. anyway.. hope your mom will recover soon..

Nurul Abid said...

Shahril - I jamah sikit sana sikit sini aje, kenyang sembang aje.

Xis - I kinda like this song....ikut mood. I pray for my mum's speedy recovery as well. Kesian tengok dia terhenjut-henjut. Smlm I courier ubat for her. Hope the medicine works.

Rush Murad said...

Didoakan semoga ur mom cepat sembuh.... what is ur grade for the food kat KLCC tu?.... D-Day???????????

Harajuku PearL said...

This year we didn't get much to iftar with friends and family since Pato is mostly workin:(..Baju raya pun tunggulah last minute lagi nampaknya...
Hope your mum will feel much better and get well soon.

Pearl

Nurul Abid said...

Rush - alhamdulillah my mum is so much better now. Dah start gardening balik. Ramadhan buffet kat KL Convention Centre tu, I bagi 3 1/2 bintang out of 5. Tapi itu ikut selera tekak I lah.

Pearl - I normally iftar alone at home too before going for terawih. Itupun selalu rushing sebab always arrive home from work right on the dot time to break fast. This week aje banyak iftar plans with family and friends.

~inilah saya~ said...

selamat berpuasa...

btw...u can find me at facebook. my nick is md shah.

:-)

daa...

Nurul Abid said...

Shah - thanks for dropping by. Visited your blog....very interesting writings.

Anonymous said...

Nurul!!U sure look different!I can say much pretty now..terkejut sebenarnya..I cari ttg Dr Sheikh Muszaphar & jumpa ur blog..tgk cun gak awek nih..cam Dynaz pun ader..alih2 la..rupa2nya course mate kita..jeles tgk gmbr kepit dgn Dr hensem tuh..hehhe..Well great blog, well done,keep up the good work..keep in touch,k..-Hazel

Nurul Abid said...

Hazel!!!! Hikmah bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang. Kita bertemu kembali di alam maya. seronok lah dapat get in touch with you again. We had a whole lot of fun and sweet memories masa kat UiTM Melaka dulu kan? Yes, I have changed a lot since Dip dulu. Yang paling ketara I have more meat - dulu skinny sangat. Tapi mcm Dynaz tu taklah kut, I tak pakai susuk tau :3). Nanti I e-mail you my HP No k.

Selamat Hari Raya!