Sunday, January 07, 2007

Cairo, Al Qahirah : Day One

Memang sukar hendak summarize about my 4 days and 3 nites trip to Cairo in one single entry kerana on each day I covered several places and there are so much to tell about each places I visited. I guess for the next couple of weeks, I'll have to post serial entries on Cairo and hope I will not bore anyone to the brink of insanity if not to death.

Ketibaan di Cairo on the evening of December 28, 2006 disambut oleh four Universiti Al-Azhar students yang menjadi tour guides selama tempoh kami di sini. Selepas makan malam di Nile Restaurant, kami checked-in di The Golden Tulip Hotel Flamenco yang terletak di Zamalek. Awal pagi selepas bersarapan di hotel, kami bertolak ke tempat pertama di dalam itinerari, kilang pengeluar kristal yang kedua terbesar di dunia, Asfour Crystal. Showroom belum buka lagi, kami dah tercongok di situ. Apabila masuk ke kawasan showroom terpegun melihat crystals yang dipamerkan berkilau-kilauan di bawah cahaya lampu. Aku bukanlah peminat crystal sangat, yang ada dalam simpanan pun hadiah dari rakan (which I truly treasure) tetapi bila melihat crystals pelbagai bentuk dari figurines, jewelleries, chandelier, rosaries, vases dan macam-macam lagi, hati tertarik juga lalu aku membeli beberapa buat koleksi peribadi dan souvenier. Harga memang unbelievable! and you have to pay in Egyptian pound or credit card as US Dollar is not accepted here.

Kami makan tengahari nasi kerabu di sebuah restoran Kelantan berhampiran kawasan hostel Malaysian students di Universiti Al-Azhar. Di sini memang senang cari makanan Malaysia sebab Malaysian students di sini ramai dan restoran menyajikan makanan Malaysia pun ada. Sementara menunggu yang lelaki pergi solat Jumaat, kaum wanita bertanggak di Rumah Negeri Sembilan, to be exact, rumah warden Malaysian students dari Negeri Sembilan. Semua hostel penuntut Malaysia si sini dibiayai oleh kerajaan negeri, oleh itu dinamakan dan diduduki oleh penuntut dari negeri masing-masing. Kami disambut oleh isteri warden tersebut, Ibu Noraziyan yang merupakan seorang Cina mualaf. Kami tumpang solat Jamak Takdim di situ dan dijamu pula dengan teh/nescafe panas dan biskut. Memang lega dapat menghirup teh panas memandangkan suhu di luar memang sejuk.


Tempat berikut yang dituju ialah Masjid Hussin, Masjid & Universiti Al-Azhar dan Pasar Khan El Khalili yang terletak berhampiran di antara satu sama lain di El Hossein Square. Halfway perjalanan ke sana dari Asfour Crystal, kami diiringi oleh kereta peronda polis. Hairan juga pada awalnya kenapa kereta peronda polis ini membunyikan siren di hadapan bus coach kami. Rupa-rupanya di sini, adakalanya polis akan memberi khidmat escort kepada kenderaan tourist for safety reasons. Terasa macam VIPlah pulak bila kereta yang lain kena beri laluan kepada kami. El Hossein Square ini memang sesak dengan bukan sahaja tourists tetapi the locals as well bersantai, kanak-kanak happily berlari ke sana sini, the cafes filled with people dari yang tua ke muda berbual-bual kosong or just seating there doing nothing. As a matter fact, everywhere we went and passed by in Cairo seemed to be full with people seperti berpesta tapi kemungkinan juga kerana keesokan harinya Idul Adha.

Tempat tujuan pertama kami ialah Masjid Hussin, di sinilah dipercayai kepala cucu Rasulullah s.a.w., Saidina Hussin ditanam. Kami kaum wanita pada awalnya tidak dapat menziarahi makam Saidina Hussin kerana waktu Asr sudah masuk dan kami tidak dibenarkan masuk ke makam semasa waktu sembahyang. Kecewa juga hati kerana sesiapa yang ada hajat, boleh bertawassul di makam Saidina Hussin dan aku memang berhasrat untuk mengambil kesempatan itu. Allah itu Maha Pengasih, sebelum pulang dan sementara menunggu yang lain habis membeli-belah di pasar Khan El Khalili, aku dapat memasuki dan menziarahi makam Saidina Hussin. Setelah menghadiahkan al-Fatihah kepada Saidina Hussin, aku menadah tangan bermunajat kepada Allah. Aku bisikkan suara hati dan hajat aku berulang-kali di sisi makam. Aku beredar dengan rasa syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. semoga doa aku dimakbulkan olehNya.

Masjid dan Universiti Al-Azhar terletak across the road from Masjid Hussin. Seperti yang diketahui umum universiti Al-Azhar merupakan universiti yang tertua di dunia, dibina more than 1000 years ago. Mengikut penerangan Bob (one of our tour guides), Oxford University dibina untuk menandingi Universiti Al-Azhar dan menghapuskan pengaruh Islam tetapi uasaha ini gagal. Untuk ke Masjid Al-Azhar, kami melalui tunnel di bawah tanah dan apabila aku menaiki tangga keluar dari tunnel, I was mesmerized by the sight of the mosque emerging in front of me, subhanallah. As you entered the main door, you will walk in to a marble courtyard and the feeling and ambience memang sukar nak disuratkan. Terasa sungguh tenang berada di dalamnya despite the fact that masjid ini terletak di tengah-tengah kesibukan kota Cairo. Memandangkan Asr telah aku jamakkan, aku hanya melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid di tempat solat yang tertutup di sini sebelum further melawat sekitar masjid. Memang perasaan rasa tenang dan syahdu sewaktu menunaikan solat di masjid yang menyimpan dan menyaksikan pelbagai sejarah dan kisah riwayat Islam sejak lebih sekurun yang lalu. Selesai solat, aku joined the rest melawat dan bergambar di sekitar masjid. We then took the spiral staircase leading to one of the towers untuk menaiki ke bahagian bumbung masjid. I went further up the tower eventhough I had to climb up in total darkness led by an Egyptian lad. From the balcony of the tower, you can see the city of Cairo, terasa seperti you travelled back in time because unlike Dubai, buildings di sini memang mostly look ancient.

Khan El Khalili

After a while at Al-Azhar Mosque, we returned to Pasar Khan El Khalili untuk aktiviti apa lagi, shoppinglah. Like the pyramids, pasar Khan El Khalili is a must destination if one goes to Cairo. The market is not just any market, being one of the oldest markets in the world, this sprawling market played an important role in Egypt history. Barangan yang dijual di sini dari alabaster, jewelleries, gold brass, goods made from mother of pearl and papyrus, museum replicas, leather, essential oils, perfume, perfume bottles, crystal, home decor items and a whole lot more. I must say perfume made from Lotus flower memang mempunyai bauan lembut yang wangi believed to be worn by Queen Nefertiti. Most of these items are available at other tourist spots but at pasar Khan El Khalili, you can do some serious bargaining and the prices are cheaper. So, kalau nak shopping, do it at Khan El Khalili. Having Arabic speaking Malaysian students as our tour guides helped a lot whilst bargaining. Do not be surpised kalau ada shop owners there speak a few words in Malay to you as they pick these up from the Malaysia students there. Tambahan pula tourists dari Malaysia pun ramai ke sana. Since it was eve of Idul Adha, ada kedai yang tutup especially those selling precious stones but kedai yang buka pun dah cukup banyak and tak terlawat. Anyway, most of the shops here sell the same thing, it's just a matter how much less they are willing to go down for the goods that you want to buy.

Our tour for the day diakhiri dengan cruising Kor nish El-Nil over dinner on a ship. Sebelum dinner, kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan sudah pastinya tarian gelek included. Ironically, tak seperti tarian gelek yang aku saksikan di Dubai, di sini pakaian penarinya lebih seksi dan tarian lebih raunchy. Halfway through her performance, aku joined some of members of our rombongan di atas dek untuk menikmati pemandangan Cairo di waktu malam sambil mendengar cerita tentang sejarah Islam dan kehidupan di Cairo dari our tour guides. Memang kurang jelas kota Cairo di waktu malam kerana dari sungai Nil, hanya cahaya suram sahaja yang menerangi kotanya. Bila dah tak tahan dengan kesejukan walaupun dah berlapis baju dipakai, we all turun semula ke restaurant for dinner. Dinner adalah secara buffet terdiri mixed of makanan Middle Eastern dan Western tapi kena beratur panjang juga untuk mengambil makanan kerana malam itu memang restaurant tu full house. The cruise lasted for about 2 hours and we headed back to the hotel after that. Sampai di hotel baru terasa kepenatannya tapi nevertheless it has been an exciting day.

Insyaallah, coming soon entry Cairo, Al Qahirah : Day Two about my visit to Pyramids of Giza.

Background Music : Aiam We Ben3eshha by Amr Diab

6 comments:

Harajuku PearL said...

Nurul - Day 1 aje dah best...I love that masjid picture during the senja. Very peaceful. And pictures of shopping areas..Gosh, can go crazy lah...
Awaiting your Day 2

Pearl

Rush Murad said...

Nurul, excited sesangat ni nak pi Cairo..... tu belum lagi pic kat pyramid segala... ada pic naik unta? hiksssss....

Xis said...

Nurul
hmm.... great pics.. great experience.. And of course, I love this background music by amr Diab.. brings back the old days memory.. :)

Nurul Abid said...

Pearl - I definitely had a marvelous time in Cairo, wish I stayed there longer. Those are pics from my camera only sampai full memory card. Awaiting to get pics from others as well.

Rush - Cairo memang menarik and unique. Kalau ada rezeki lebih, plan nak pergi lagi sekali to cover Mount Sinai and a few other places. Tahap wajib ler naik unta kat piramid tu..tunggu next entry.

Xis - lagu ni from Amr Diab's latest album I bought in Cairo. He's having a concert on Jan 11 at Dubai Media City..waaaaaaa....I only found out about this on my last day in Dubai.

blackpurple @ jowopinter said...

Wah...menarik...!!! Kalau ada peluang nak pergi jugalah.... Entah bila agaknya...

Nurul Abid said...

BP - when there's a will there's a way. Memang worth it pergi ke sana.