Thursday, May 31, 2007

Inspirational Quotes





Saturday, May 26, 2007

Kebaya Day

Kehadapan sahabat kami yang dikasihi dan diingati selalu

Gadis ayu jalan berlenggang
Sungguh manis memakai kebaya
E-mail ini untuk mengundang
Ke jamuan kami di kafetaria

Bukan gunting dalam lipatan
Sekadar memberi peringatan
Bukan majlis besar-besaran
Sekadar ringkas kecil-kecilan

Sungguh harum bunga hiasan
Harum lagi bau kasturi
Jangan lupa jika kelapangan
Jumpa di sana jam 12 tengahari

Yang mengundang
Elis, Nurul & Roza

Finalists Ratu Kebaya (boleh?)

Pantun di atas adalah hasil nukilan kreatif rakan sekerja aku, Roza Lawa sebagai undangan eksklusif kepada rakan-rakan sekerja untuk hadir ke majlis makan-makan yang diadakan pada Jumaat lepas bertempat di 'Sky Garden' my office. Segalanya bermula dengan satu pakatan dengan beberapa rakan sekerja untuk memakai our best kebaya on a Friday. Plan ni dah beberapa kali tertunda kerana ada yang kata nak kuruskan badan supaya boleh fit into their kebayas dan ada pula yang hendak menempah kebaya baru. Kebaya pink yang aku sarungkan tu dibuat untuk Aidilfitri tahun lalu.

As the D-Day approached and excitement built up, timbul pula rancangan untuk mengadakan a small party over lunch to celebrate a few occasions, personal and work-related. Menu asal pada mulanya hanyalah pulut kuning beserta rendang tetapi apabila at the last minute we decided to invite a few other colleagues, a few more dishes were added including fried meehoon yang ditempah dari food court, chocolate muffin yang dibuat oleh Roza dan cupcakes yang aku tempah dari a fellow blogger, P-nut siap dengan names of a few of our colleagues on the cupcakes. Nasib baik Pnut dapat buat on short notice dan dapat personally deliver the cupcakes to my office.

Ocean 11
(Not in the pic - Shearnilicious, the photographer)

Pada hari tersebut, kami yang all dressed up in our kebayas awal-awal pagi sudah ditegur oleh other colleagues yang curious mengapa a bunch of us memakai kebaya. Tambahan pula dua rakan, Joyce dan Roza sememangnya tidak pernah memakai kebaya di ofis. Tepat jam 12 tengahari, we set up the table at the 'Sky Garden'. 'Sky Garden' ni is an open air area at 24th floor of our office building with a spectacular view of KL city skyscrapers and the view gets better at night. Memang sesuai untuk majlis seperti ini. All our invitees started to come a little after 12 walau ada yang sedikit kelewatan disebabkan kerja dan meeting termasuklah my lady boss yang sememangnya sporting dan turut memakai kebaya at my request. Kesempatan get-to-gether seperti inilah we talked about other than work dan memandangkan inilah member-member office yang 'sekepala', majlis makan memang meriah dengan usik-mengusik, bergurau-senda dan gelak ketawa.

From left (clockwise) : Elis Cun, Roza Lawa, Syamsul, Adeline+Jonaes,
Adeline, Elis Cun+Anne, Jonaes, Yat, Lin, Joyce, Rozita

Majlis ended when the lunch hour ended but some of us were still hype from the excitement continued to pose and snapped pics in the office. So vain, kan? Anyways, we the hostesses were so glad that everybody had fun. We received thank you notes from our friends for organizing this event.Aku rasa walaupun sesibuk mana atau sestress mana pun bekerja, such little little things yang dibuat to create a little fun and excitement at work boleh membuatkan tempat bekerja a fun place to be. All work and no play, makes Jack or Jill a dull boy or girl.

From left : Jonaes, Anne, Roza Lawa, Shearnilicious

Definitely this will not be the last but the beginning of more to come. We are determined to do this more often and are already planning to have the next one in July. Hopefully it will materialize, insyaallah....

Saturday, May 05, 2007

Soal Hati

Sebelum ini aku tidak pernah endah untuk mengambil tahu siapa gerangannya. Tambahan pula kesibukan kerja sudah cukup to keep my mind occupied daripada memikirkan hal ini. Namun baru-baru ini a remark made by a friend sewaktu kami bersama, walaupun berkias sudah cukup membuatkan aku tergamam. Dia kulihat terpaku dengan muka yang merah padam sebelum dengan pantas meminta diri dan berlalu.

Sejak itu dia mengelak dari bertemu atau melarikan pandangannya bila bertembung, seakan malu . Mungkin dia sudah dapat mengagak isi hatinya yang sekian lamanya terpendam bukan lagi rahsia padaku. Pada mulanya aku fikir perubahan sikapnya mungkin imaginasi aku tetapi seorang rakan turut merasakan perubahan pada dirinya, lebih banyak berdiam dan menjauhkan diri.

Separuh daripada aku berharap dia terus berdiam diri daripada menyatakan isi hatinya kerana jawapanku bakal mengecewakannya. Tetapi jikalau dia memberanikan diri bersemuka denganku, aku harus berterus terang dan menolaknya dengan baik. Mungkin itu lebih baik agar dia berhenti berharap dan tidak terus dilambung angan.

Sememangnya tiada cacat-celanya dia di pandangan mata, tapi sudah puas hati diselami jika dia boleh kuterima lebih dari seorang teman. Namun tiada sekelumit pun rasa tertarik apatah lagi cinta kepadanya melainkan hanya sebagai teman biasa. Angkuhkah aku atau cerewet memilih? Tidak sekali. Ini soal hati. Memang sukar diduga dan dipaksa. Mungkin benar walaupun seseorang itu memiliki ciri-ciri dan budi pekerti yang diidamkan dalam pasangan, tetapi kalau tiada chemistry hati tidak akan terpaut juga walau sesempurna manapun si dia.

Either way, aku harus bersedia menghadapai kemungkinan reaksi dari dia. Aku masih mahu dan boleh meneruskan persahabatan tetapi jika itu sukar baginya untuk menerima, aku redha.


Semoga Kau Mengerti By Gya Anandini