Monday, September 24, 2007

When Friends Meet - Get Well Soon, Mum!

Sebenarnya sudah beberapa kali membuat perancangan berjumpa dengan beberapa rakan over dinner tetapi selalu sahaja tertunda atau terpaksa dibatalkan kerana jadual kerja dan peribadi masing-masing selalu clash. Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan ini, Jumaat lepas kami dapat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama walaupun tempat untuk berbuka beberapa kali bertukar dari Bangsar Seafood ke Rebung dan akhirnya settled with KL Convention Centre. Initially, there were supposed to be 7 of us - Hazura, Helen, Stephanie, Kasuma, Mohar and wife tapi at the 11th hour, Stephanie had to take a raincheck. All of us used to be colleagues and have known each other between 5 - 7 years and after we went our separate ways about one year and a half ago, we still remain in contact.

Aku tiba di KLCC sejam lebih awal dari waktu berbuka untuk berjumpa dengan Helen for some private and personal conversation. Sempat juga menjengah sales di I-Setan exclusive for its members. Setengah jam sebelum waktu berbuka, seorang demi seorang tiba di tempat yang dijanjikan iaitu di Exhibtion Hall 5 of KL Convention Centre. Walau terdapat a little mixed up with our reservation, alhamdulillah kami mendapat meja yang terletak berdekatan dengan tempat juadah yang disediakan. Cara hidangan adalah secara buffet dengan konsep gerai-gerai yang terletak di tengah-tengah hall. Juadah yang disediakan terdiri daripada makanan tempatan dan 2 gerai yang menyediakan makanan Jepun dan Arab. Aku menjamah sedikit sebanyak beberapa juadah dari lamb kuzi, murtabak, ketam bakar, mee goreng mamak, banana fritters, Japanese food amongst a few. Semasa makan, tetamu turut dihiburkan oleh lagu-lagu Melayu asli yang dimainkan oleh secara live oleh beberapa pemuzik di atas pentas. Tidak seperti di hotel, di sini tidak perlu bersesak-sesak dan bergesel bahu untuk mengambil makanan kerana jumlah meja yang available for reservation terhad membuat orang tidak ramai ditambah pula dengan ruang hall yang besar.

Sambil makan, kami bersembang dari satu topik ke satu topik. Banyak benar yang diceritakan dan dikongsi terutama update each other tentang perkembangan some of our mutual friends and acquaintances. Ada yang bernasib baik, ada yang tidak, ada cerita sedih, ada cerita gembira dan ada juga cerita yang menjadi pengajaran termasuk berbincang tentang some business opportunities. Kerana terlalu leka bersembang, tidak sedar waktu sudah 10 p.m. iaitu the end of the buffet dinner. Kami merupakan tetamu yang terakhir beredar sementara pekerja-pekerja sudah mula mengemas meja dan clearing the food.

Keesokan paginya, aku ke sebuah klinik di PJ untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Suatu yang perlu aku lakukan untuk memenuhi requirement pihak tertentu. Nasib baik semua ujian kesihatan berjalan dengan lancar dan selesai dalam satu setengah jam. Keputusan ujian akan diketahui dalam masa seminggu. Dalam itu sempat juga berkenalan dan bersembang dengan a few people yang membuat pemeriksaan kesihatan dengan tujuan yang sama. The main question we asked each other was when is the D-Day.

By noon, aku bertolak ke Teluk Intan accompanied by my aunt. Sepatutnya kakak aku, Kema ikut bersama tetapi di saat akhir dia diarahkan ke India atas urusan kerja. Monyok sahaja muka dia semasa aku singgah sebentar mengambil kek untuk Mak di condonya pada malam sebelumnya kerana terpaksa ke India. Sebab utama aku pulang adalah untuk berbuka dengan Mak. Kebetulan pula beberapa hari sebelum itu adik aku menghantar berita Mak kurang sihat, muscle di bahagian pinggang lari semasa gardening. Walaupun sudah berjumpa doktor dan diberi ubat, masih terasa lagi sakitnya. Selepas ini, kalau dalam seminggu ini masih tidak pulih, aku bercadang hendak membawa Mak ke SJMC. Tambahan pula Mak akan ke Kota Kinabalu seminggu selepas Raya ditemani Liza dan Kema untuk menjenguk cucu-cucunya dan meraikan their belated birthdays kerana kembar aku sekeluarga akan beraya di Tawau tahun ini. Aku pula tidak pasti samada aku boleh turut serta atau tidak kerana banyak perkara yang harus aku selesaikan. Harapan dan doa aku agar Mak akan beransur pulih by Raya dan dapat melawat cucu-cucunya, insyaallah.

Sunday, September 02, 2007

Turkey : Pamukkale - Ephesus - Cappadocia - Istanbul

Click on words bold in BLUE for more information on the subject.

Semasa di Istanbul, aku mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat travel agency untuk membuat arrangement melawat Pamukkale dan Ephesus. Memandangkan it was a peak season, I learnt that it is going to be difficult to get a ticket bus and lodging. Tambahan pula I only have limited number of days to cover all these places and couldn't afford to take a risk stranded disebabkan tiada tiket bas untuk pulang ke Istanbul. The travel agency arranged for everything termasuk lodging, lunch, transportation dan tour. Perkhidmatan coach percuma juga disediakan oleh syarikat bas untuk membawa passengers ke bus terminal yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Sultanahmet .

Perjalanan 12 jam ke Selcuk, sebuah bandar yang terletak tidak jauh dari Ephesus menaiki bas express memang amat selesa. Bukan sahaja basnya bersih dengan tempat duduk yang empuk, terdapat juga steward yang menghidangkan minuman dan kek. Bas express tersebut berhenti beberapa kali samada untuk mengambil penumpang atau makan. Tempat-tempat perhentiannya kebanyakkannya di kawasan R&R di mana terdapat foodstalls atau restoran yang turut menjual cenderamata. Even at wee hours of the morning tempat-tempat ini full of activity dan meriah. Perjalanan menaiki bas bukan sahaja terhad di darat tetapi juga merentasi Sea of Marmara dengan menaiki feri selama setengah jam. Kesempatan itu ku ambil untuk turun dari bas express ke dek feri. Walaupun tiada pemandangan dapat dilihat kerana malam memang pekat tetapi sekurang-kurangnya dapat mengambil angin malam yang sebenarnya sejuk hingga ke tulang.




Setelah freshened up dan menukar pakaian, dari Selcuk perjalanan diteruskan menaiki coach selama 3 jam ke Pamukkale melalui Denizli. Dari kejauhan sudah kelihatan suatu kawasan permukaan bukit yang memutih seperti dilitupi salji. Coach membawa kami hingga ke atas dan dari dekat baru kelihatan thermal pools yang bertingkat-tingkat dan dikatakan mempunyai khasiat mengubati penyakit. Aku mengambil keputusan untuk melewati tinggalan sejarah kota Hierapolis di kawasan sekeliling termasuk tanah perkuburan golongan bangsawan dan theatre dahulu. Memang meletihkan memanjat bukit dan berjalan di bawah panas terik matahari. Dah pakai sunblock pun masih tak memadai, kulit tetap menjadi gelap. Selepas itu, baru aku menghabiskan masa menikmati pemandangan di 'cotton castle' dan merendamkan kaki di dalam air. Airnya hanya suam-suam kuku sahaja, tidak sepanas yang aku sangka. Niat untuk berendam di dalam kolam terpaksa aku batalkan sahaja bila melihat betapa ramainya pelancong yang membanjiri kolam-kolam di situ samada di Ancient Pool atau the public pool. Untuk memasuki Ancient Pool, ada bayaran yang dikenakan, kalau tak silap aku YTL10.

Kusadasi


Penginapan malam itu adalah di Hotel Ilayda di K
usadasi yang terletak tidak jauh dari Ephesus, tempat tujuan keesokan harinya. For a 2-star hotel and the room rate charged, the condition of the room and hotel service are beyond my expectation. Memang highly recommended. Walaupun aku tidak mendapat bilik yang berhadapan dengan Kusadasi Bay, tetapi keesokan pagi, sebelum coach tiba, aku mengambil peluang berjalan dan bersantai di tepi pantai menikmati pemandangan laut yang biru. Terasa macam di Greece pula sekejap dan bertambah gelap lagilah kulit aku dek panahan sang suria.


Selain daripada Ancient City of Ephesus, lawatan ke Ephesus turut termasuk lawatan ke Temple of Artemis dan House of Virgin Mary. Kalau dilihat gambar struktur asal temple Roman ini, tidak banyak yang tinggal melainkan a column dan bongkah-bongkah batu yang bertaburan di sana sini yang menjadi peninggalan dan bukti kewujudan temple yang disenaraikan sebagai one of the seven ancient wonders of the world (Wah! Kiranya setakat ini, aku sudah melawat 2 ancient wonders of the world selain daripada Pyramids of Giza). Dikatakan kebanyakan bahagian dari temple ini telah diambil dan digunakan untuk pembinaan bangunan-bangunan bersejarah lain termasuklah Medusa Heads yang digunakan sebagai asas column untuk pembinaan Basilica Cistern di Istanbul (refer to my previous entry on Istanbul). Tidak jauh dari kawasan temple nun di atas bukit ialah Gereja St. John dan Isabey Mosque tetapi aku tidak melawat kedua-dua tempat ini kerana kesuntukan masa. Hanya melihat dari jauh dan mendengar sejarahnya daripada tour guide.

House of Virgin Mary yang terletak di Bulbul Mountain dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau mewujudkan suasana yang cooling dan redup sememangnya melegakan setelah a couple of days berada di bawah terik matahari. Shrine di mana Virgin Mary dipercayai menghabiskan usianya ini is as important and sacred to the Moslem as it is to the Christians. Rumah ini sebenarnya kecil sahaja di mana terdapat prayer altar untuk pengunjung yang beragama Kristian bersembahyang. Di kawasan luar, terdapat bekas kolam air di mana upacara pembaptisan diadakan, mass area, prayer wall yang dipenuhi wish notes dalam pelbagai bahasa dari pengunjung serta holy water dari water taps. Actually aku pun tidak tahu dari mana datangnya air ini tetapi menurut kata our tour guide, the water runs under the shrine. Anyways, for Moslems - Awas! Jangan pula mengambil air dari sini untuk dibuat minum. Aku diberitahu di sini tiada public transport selain daripada teksi or kalau larat, cubalah berjalan kaki.

Ancient city of Ephesus ini actually quite a huge place. Yup, your talking about one of the great Greek cities in the ancient time housing the largest amphitheatre in the world. Nak cover the whole place kena ada kudrat and energy untuk berjalan with good shoes especially when walking on the marble street under the hot blazing summer sun. We were briefed by the tour guide a little bit of history about the city. Sukar juga nak follow sambil trying to relate nama-nama dari sejarah Greek but as we went along visiting from one ruin to another, boleh juga faham. Among a few significant monuments di sini mainly Temple of Hadrian, Library of Celsus, The Great Theatre, and what believed to be the first indoor flushed toilet. The Great Theatre is still being used till to date for concerts, plays, gatherings and I was told that Sting once had his concert here. I had to breakaway from the tour group earlier because I was leaving for Cappadocia that afternoon, a slight detour from my original plan. I decided to go to Cappadocia the day before after hearing so much about it from a few travelers I met.


Untuk ke Cappadocia aku menaiki overnight bus selama 14 jam melalui bandar Nevsehir di mana aku switched to a coach untuk ke bandar Urgup. Actually, one can also head to bandar Goreme kerana Cappadocia sebenarnya bukanlah sebuah bandar seperti yang mula-mula aku sangkakan tetapi sebuah kawasan yang dikelilingi a few towns termasuk Goreme dan Urgup. Kedua-dua bandar ini adalah bandar yang menjadi tumpuan pelancong untuk menginap sekiranya hendak melawat Cappadocia. Di sini, aku menginap di Melis Hotel yang merupakan sebuah rumah Greek yang berusia 300 tahun. Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang bercirikan Ottoman style, Greek style dan cave house. Pada mulanya aku bercadang hendak merasa duduk di dalam cave house tetapi aku bertukar kepada Ottoman style yang terletak di hadapan swimming pool kerana rasa stuffy pula bila berada di dalam cave house.

Pada hari pertama aku, I had the whole day to myself. Aku menghabiskan masa berjalan di sekitar bandar Urgup sambil melihat masyarakat tempatan menjalani kehidupan harian. Di suatu sudut berdekatan dengan masjid, sekumpulan lelaki-lelaki tua sedang duduk bersembang sambil menghisap rokok. Di sebuah lorong pula di bawah pepohon anggur, beberapa lelaki
bermain boardgame yang seakan-akan mahjung. Aku mendekati mereka untuk melihat dari dekat boardgame tersebut dan as usual ditawarkan Turkish tea di dalam gelas berbentuk tulip sambil berbual dengan salah seorang daripada mereka yang boleh berbahasa Inggeris. Sememangnya sudah menjadi tradisi di Turki, tetamu dihidangkan Turkish tea which means 40-years of friendship. Memang sejak tiba di Turki, I have lost count berapa gelas aku dah minum but it doesn't matter sebab aku memang suka minum teh.

Keistimewaan Cappadocia ialah bentuk mukabuminya yang unik, terhasil daripada larva gunung berapi. Hakisan angin dan air beribu-ribu tahun lama membentuk chimney rock atau dikenali sebagai fairy chimneys. Cappadocia juga terkenal dengan cave houses dan rock churches yang menjadi penempatan Christians yang lari daripada penindasan Romans. Lawatan di sini benar-benar menguji ketahanan fizikal aku kerana banyak aktiviti mendaki turun naik bukit. Tambahan pula aku tidak memakai kasut yang sesuai menjadikan perjalanan aku lebih perlahan terutama sekali semasa menuruni cerun-cerun bukit. Yang menyeronokkan juga semasa lawatan ini adalah mencari dan meneka shapes yang menyerupai binatang, isyarat tangan dan sebagainya yang terbentuk secara semulajadi. Termasuk dalam itinerari di Cappadocia ialah lawatan ke kilang pembuatan pottery. Selain demo tentang cara-cara pottery dibuat, terdapat bilik pameran dipenuhi barangan daripada pinggan, pasu, bowls, jug air, dan pelbagai lagi untuk kegunaan harian atau hiasan.

Bentuk-bentuk binatang & isyarat tangan di Cappadocia

Back in Istanbul

Malam itu aku menaiki bas pulang ke Istanbul yang memakan masa 13 jam. Sebaik tiba di Istanbul, aku terus menuju ke Eminonu untuk berbaris mendapatkan tiket menaiki Bosphorus Cruise. Cruise bermula pada pukul 10.30 a.m. dari Galata Bridge sehingga ke perhentian terakhir
di Rumeli Kavagi. Aku bukan sahaja dapat melihat beberapa monumen seperti Dolmabahce Palace & Mosque, Ciragan Palace yang terdapat di sepanjang Bosphorus tetapi juga bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang cantik rekabentuknya. Keseluruhan cruise took about 6 hours termasuk 3 jam menunggu di the second last stop - Anadolu Kavagi sebelum menaiki feri pulang ke Galata Bridge. Anadolu Kavagi is a fishing village with loads of Balik Restaurants (Fish Restaurants). Masa 3 jam itu aku habiskan mendaki ke Yoros Kalesi, a ruined castle on the hill where from there one can have a great view of the Black Sea with ships passing by.

Selepas checked-in semula di Hotel Sultanahmet, aku bergegas ke Sirkeci Railway Station untuk menyaksikan Whirling Devrish ceremony. Persembahan ini hanya ada pada hari-hari tertentu sahaja dan tiket boleh didapati di most hotels di Istanb
ul. Just make sure it is bought in advanced sebab memang cepat habis especially during peak season. Semasa upacara ini, aku terfikir samada the whirling devrishes ini betul-betul berada di tahap ecstasy sewaktu mempertontonkannya kepada pelancong kerana instead of menjadi a religious ceremony, it has been commercialized. Adakah unsur mistik dan kekusyukan kepada pengamalnya? Wallahualam...

Perancangan keesokan harinya was to do a little shopping di Kapali Carsi atau Grand Bazaar, beli barang yang dipesan Mak di Egyptian Bazaar dan selepas itu buat Turkish Bath. Normally kalau pergi travel, shopping is not my main agenda and I will do this last depends kalau ada extra money to spare. Memang pelbagai barang yang dijual dan boleh rambang mata untuk memilih. I ended buying only a few souvenier items sebagai kenangan di Turki dan hadiah untuk adik-adik aku termasuk tulip-shaped tea sets untuk Mak. Selepas itu, aku ke Egyptian Bazaar untuk mencari lotus
oil yang dipesan Mak. Mak menggemari bau lotus oil ini semasa melawat Cairo tahun lalu. Mahal juga harga lotus oil di sini berbanding dengan di Cairo. Sempat juga singgah di sebuah kedai yang menjual scarves sebagai hadiah untuk Mak and my sisters. Satu perkara yang aku notice, barang-barang di Egyptian Bazaar lebih murah daripada di Kapali Carsi. So, it's better to buy some items seperti T-Shirts, accessories, shawl dan souvenier items di Egyptian Bazaar.

Rancangan untuk buat Turkish Bath terpaksa aku batalkan kerana kesuntukan masa dan aku harus bertolak ke airport to catch my flight back to Dubai. Nevertheless, I am happy with how this trip went and ended. Walau ada juga a few unpleasant incidents yang menguji keimanan aku tetapi banyak juga pengalaman manis yang memang sukar dilupakan.

The People I Met



Wednesday, August 22, 2007

Turkey : Istanbul



My first experience travelling solo to the farthest place I have traveled to date did not just went smoothly but it surpassed what I imagined it would be. I hardly felt lonely but made more friends than when I traveled accompanied, I discovered a few things about myself and more importantly I found kindness in strangers.

Aku rasa tidak perlu aku menceritakan sejarah dan latarbelakang tempat-tempat yang telah aku lawati kerana semua maklumat ini mudah
didapati dari travel books dan internet. Aku rasa lebih praktikal kalau aku berkongsi my travel itinerary, travel tips dan pengalaman menarik sepanjang aku berada di sana buat panduan sesiapa yang ingin menjejaki kaki ke sana.

Di Istanbul, aku menginap di Sultanahmet Hotel. At EUR30 for B&B, it is quite reasonable for a clean 2-bedded room with a sink, tv, hair dryer and a stand fan although the bathroom is unattached but it's just across my room. Tambahan pula waktu itu peak season, hotel rate lebih mahal dari biasa and kalau single traveler, memang expected kena bayar lebih sikit. The published rate at the frontdesk was EUR50 for single tetapi aku mendapat rate EUR20 cheaper dengan bantuan dari seorang local Turk guy I met yang kebetulan bekerja di travel agency. I was lucky to get a room facing the street with a view of a mosque across the street.

Malam pert
ama selepas membersihkan diri, aku keluar berjalan menyusuri the main street yang menjadi laluan tram untuk meninjau kawasan berdekatan dan mencari makan malam. Belum pun jauh dari hotel, aku sudah dihampiri oleh seorang lelaki tempatan memulakan perbualan kosong bertanyakan asal dan nama aku etc. Aku ada terbaca mengenai perkara ini di dalam buku Lonely Planet : Istanbul di mana lelaki tempatan gemar mendekati foreign female travellers for very obvious reason (takkan nak cerita kut? Faham-faham sendiri!). We had casual conversation mainly telling each other a few things about each other. He insisted on paying for my dinner when I stopped at a food kiosk and we eventually took a taxi to Taksim for a drink at a club. Taksim is supposedly to be a happening place in Istanbul sebab kat sini banyak clubs, pubs and bars tetapi tempat yang kami pergi ni ada a few patrons with a few scantily dressed girls dancing on the dance platform. Aku ni bukan jenis suka clubbing and loud music, so after an hour, I decided to call it a night and returned to my hotel.

The following morning, breakfast was at the terrace garden of the hotel. Just a simple typical Turkish breakfast - olive, bread, homemade jam, hard-boiled egg and cheese. Dari terrace garden sambil menikmati sarapan, aku dapat melihat dari kejauhan Blue Mosque, hati sudah teruja dan melonjak-lonjak tidak sabar untuk menuju ke sana. Berbekalkan buku Lonely Planet dan travel map Istanbul, aku mula menjejaki the main tourist sites bermula dengan Hippodrome, Blue Mosque dan Ayasofya pada sebelah pagi dan for the entire afternoon aku melawat Topkapi Palace. Kesemua tempat ini terletak just a walking distance from each other and from my hotel di Sultanahmet. Terdapat 4 monumen di Hipprodrome iaitu Obelisk of Theodosius, Serpent Column, Rough-Stone Obelisk dan Fountain of Kaiser Wilhem II yang mengambil masa tidak lebih 30 minit to cover all of them.

Seperti yang dis
arankan di dalam Lonely Planet, aku memasuki Blue Mosque melalui pintu masuk dari Hippodrome kerana melalui arah inilah cara terbaik untuk truly appreciate the grandeur and beauty of the Blue Mosque. Memang asyik dan terpegun melihat keindahan masjid ini especially di dalam prayer hall. Rasa bersyukur kerana masjid ini tidak mengalami nasib seperti Ayasofya dan terus digunakan sehingga ke hari ini sebagai tempat ibadat umat Islam. Ada juga rasa terkilan sebab tidak dapat melihat dari dekat mimbar masjid dan Black Stone dari Mekah kerana para pengunjung dibenarkan berada pada suatu had sahaja yang agak jauh dari mimbar. Tidak seperti masjid-masjid di Cairo, Masjid Biru malah semua masjid-masjid di sini berjaga dan amat bersih.

Cara terbaik untuk melawat Ayasofya ialah bermula dengan galeri atas di mana terletaknya floor plan menunjukkan lokasi potret mozek ikon-ikon atau peristiwa yang berkaitan dengan Christianity. Bukti Ayasofya pernah menjadi tempat ibadat umat Islam tidak ditunjukkan di dalam floor plan ini tetapi yang paling ketara kelihatan ialah medalions dengan tulisan kaligrafi Allah s.w.t., Muhammad s.a.w, Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar dan Perpustakaan Sultan Mahmut I. Dari tingkap berdekatan dengan kubur Henrico Dandolo, one can capture a nice pic of Blue Mosque in a distance. Unlike Masjid Biru, b
ayaran masuk sebanyak YTL10 dikenakan untuk melawat Ayasofya.

I spent the entire afternoon melawat Topkapi Palace kerana kawasannya yang luas dan banyak artifak dan exhibits yang dipamerkan di ruang-ruang bilik di sini. Aku cuma terkilan sebab tidak dapat melawat Sacred Safekeeping Room yang menempatkan antaranya rambut, janggut, tapak kaki, pedang dan gigi Nabi Muhammad s.a.w. Aku dapati kerja-kerja baikpulih sedang dilakukan di ruang pameran itu dan ia hanya dibuka di dalam bulan Ramadhan sahaja. Bayaran masuk ke Topkapi Palace adalah sebanyak YTL10 dan untuk memasuki Topkapi Harem, dikenakan bayaran tambahan sebanyak YTL10. Selepas letih berjalan selama beberapa jam, aku mengambil kesempatan berehat di taman di Courtyard 1 yang mempunyai rumput dan pokok yang menghijau. Tambahan dengan cuaca yang panas, nyaman dapat berehat di kawasan yang redup dan berangin as long as tidak duduk di atas rumputnya sebab memang tidak dibenarkan.

Keesokan paginya bermula dengan lawatan ke Basilica Cistern yang hanya 5 minutes walk from my hotel. Terasa sejuk bila memasuki tempat ini memandangkan ia berada di bawah tanah dan asalnya adalah tempa
t penyimpanan air. Lawatan di sini mengambil masa kurang dari 30 minit tetapi bayaran masuknya YTL10 which to me a bit pricy considering that there is not much to see except 2 medusa heads which formed the bases of 2 columns in here. Selepas itu aku berjalan mengikuti laluan tramway, berhenti sekejap di Sirkeci Railway Station, recce tempat di mana performance whirling dervishes diadakan dan seterusnya ke Eminonu a few minutes away, berdekatan dengan Galata Bridge yang menghubungkan bahagian Europe dan Asia of Turkey. Di sini aku melawat Eminonu Yeni Camii (Masjid Eminonu) yang mempunyai rekabentuk yang seakan-akan Masjid Biru tetapi lebih kecil saiznya. Di hadapan masjid ini ada banyak burung merpati and one can feed the pigeons here. Bimbang juga kalau-kalau terkena najis burung.

Di sebelah masjid ini ialah Egyptian Bazaar yang menjual barangan keperluan harian, rempah-ratus, household items and utensils, pakaian, Pashmina shawls dan scarves, pokok bunga, jewelleries, barangan seramik dan macam-macam lagi. Di sini aku terjumpa sebuah kedai yang menjual scarves yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Memang sejak tiba di sini, aku notice scarves yang dipakai oleh wanita Turki memang cantik-cantik coraknya.On the way pulang ke Sultanahmet, aku menyusuri lorong-lorong di sini dan melawat beberapa mouselum beberapa Sultan serta kaum kerabat mereka dan tokoh sejarah Turki. Memang banyak sampai tak terlawat tetapi aku sempat menghadiahkan Al-Fatihah di beberapa tempat yang aku singgah.

Kaki pun dah lenguh berjalan sepanjang hari, jadi aku pun ke Sultanahmet Park yang terletak di antara Masjid Biru dan Ayasofya untuk berehat sekejap dan grabbed dinner. Dalam perjalanan ke sini, sekali lagi aku dihampiri oleh lelaki Turki who introduced himself as Metin. Dia walked with me sampai ke Sultanahmet Park. Actually, bagus juga dia ada sebab tolong aku snapped pics dan cerita sedikit sebanyak tentang budaya masyarakat tempatan. Disebabkan hari tersebut hari minggu, memang ramai warga Istanbul beristirehat dan menghabiskan hari minggu mereka di sini.

Semasa sedang duduk watching the visitors at the park, ternampak a few boys in costumes with their parents. Metin memberitahu aku yang kanak-kanak ni pergi upacara bersunat and for this occasion, they are dressed up in costumes of a king or commander. Memang adorable tengok a bunch of them all in costumes. Aku juga diberitahu, either on Saturday or Sunday evening around 6.30 pm ada performance pancaragam di sini tetapi aku tak berpeluang menyaksikannya because I had to check out of my hotel and leave Istanbul for Selcuk that evening. So, that night I spent 12 hours in the bus making my way to my next destination. It was an interesting bus ride but I am saving it for my next entry.

Next entry - Pamukkale, Ephesus, Cappadocia


Monday, August 20, 2007

I Am OK!

Hari ini genap seminggu aku pulang dari percutian selama lebih seminggu ke Turki. Entry mengenai Turki is still Work In Progress. Sejak pulang ke tempat kerja last Wednesday, banyak yang kena catch up including hundreds of e-mails yang masih belum dibaca. Nak sahaja delete all the e-mails in my inbox whilst I was away. Luckily internal audit scheduled today tidak jadi. Sia-sia sahaja aku kerja di office sehari suntuk on Sunday just to make sure all documents are in order for the audit. Lagipun, I am still sorting out my Turkey pics, all over 600 of them and selecting yang mana sesuai untuk tatapan umum of all ages.

The first question asked by my colleagues when I returned to work - "how's your trip?". I must say it was wonderful. I am glad I went for this trip alone. Other than meeting a lot of people be it locals or travelers from other parts of the world, I had all the time to myself to sort out my thoughts and feelings about someting that has been bothering me. I may not be able to erase it from my mind or life but I have accepted the reality that this is what it meant to be. Hope things will get better, if it doesn't, I know I am still going to be ok.

Menghapus Jejakmu - Peterpan

Ku terus melangkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Belahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba untuk terus menjauh
Belahan hati ku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup

Engkau bukanlah segala ku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Lepaskan segalanya
Lepaskan segalanya


Friday, August 03, 2007

Turkey! Here I Come!

Aku sekarang ni di Dubai, transit for 9-hours before continuing my journey to Istanbul. Dapat jugak aku mandi, bersihkan diri dan tukar pakaian sebab aku terus ke KLIA dari ofis. So, kira sehari suntuklah tak mandi, tapi takde bau occay. Sebelum ke KL Sentral, sempat lagi pergi hantar 3 kain ke tailor di SS2, PJ untuk dibuat baju hari raya. Kalau aku hantar lepas aku balik dari Istanbul, takut dah lambat dan tailor tu tak nak terima pulak. Semalam juga, on the way ke tailor which was already late evening, aku terima panggilan telefon dari sebuah oil & gas company yang namanya dan logonya adalah dot.dot.dot.dot.dot. about a job opportunity. Menarik juga position tu tapi aku minta pemanggil itu e-mail job description for me to read and consider whether aku nak pursue or not. Di KLIA, aku terpaksa buang Kaya yang dipesan oleh Liza because of the new regulation about hand-carrying liquid items. Ingatkan aku boleh check out my backpack kat Dubai Airport tapi aku tak dibenarkan berbuat demikian after checked-in kat KLIA. So, kempunanlah agaknya Liza nak makan Kaya, hanya roti Gardenia Jumbo size aje yang aku boleh bawa untuk dia.


Back to my Istanbul trip, petang ni pukul 2.30 p.m. (6.30 p.m Malaysian time) aku sambung 4 hours flight ke Istanbul. Aku akan berada di Turki selama 8 hari. Rancangan aku bukan sahaja restricted di Istanbul sahaja tapi I also plan to spend a few days outside of Istanbul covering Ephesus, City of Aphrodite dan Pamukkale by bus. Hopefully, menjadilah...Trip aku kali ini lain dari yang sebelumnya sebab for the first time, aku mengembara berseorangan unlike my previous trips ditemani oleh keluarga dan rakan-rakan. Keputusan aku untuk ke Istanbul 5 months ago pun memang spontaneous and bila MATTA Fair aje, aku terus book my flight tickets without telling anybody. Bila fikirkan balik, sometimes I suprise myself by my own actions tapi semakin dekat trip ni, I realize maybe being alone in an unfamiliar place surrounded with strangers is what I need to do right now especially after something happened recently yang membuatkan aku meragui kejujuran dan keikhlasan seseorang. Most importantly, maybe I'll discover more about myself, finding courage and overcoming fear to do things I thought I could and will never do.It's a bit thrilling actually and maybe after this I will look back and can proudly say hey! I have done that, been there etc... It may not be a big deal to some people but it is to me.

Dalam hati ada juga rasa bersalah kerana tidak berterus-terang kepada Mak hingga saat ini bahawa aku akan mengembara tanpa ditemani oleh sesiapapun. Semasa di KL Sentral menunggu ERL, aku called Mak again. Bila dia tanya pergi dengan siapa especially dia terdengar ada suara di belakang, dia ingat aku pergi dengan rakan-rakan. Aku tidak menidakkan atau mengiyakannya but quickly changed the subject. Bukan niat aku untuk menyembunyikannya daripada Mak tapi aku tidak mahu dia bimbang. Selama ini pun kalau aku travel dengan rakan-rakan pun dia melahirkan kebimbangan, apatah lagi kalau dia tahu aku akan berseorangan. I just told my siblings and told them not to tell Mak. Harap-harap Mak tidak akan berkecil hati dengan aku dan maafkan aku bila dia tahu perkara sebenarnya.

I hope just like my previous trips, I will learn a thing or two from this trip, not only about the places I am visiting, the people I will be seeing etc but also about myself . If things go well, selamat perjalananku pergi dan balik, insyaallah, adalah entry about Turkey ni nanti.

Sunday, July 22, 2007

Magical Fun Day

Last Saturday, the event that took more than 3 months of planning and prepration was finally executed. It's the largest event for my company's Sports & Social Club headed by yours truly since it involved not only our employees but their family members as well. This kind of event is commonly known as Family Day but as not to offend our single employees, we decided to name it Magical Fun Day instead. Our event took up the entire LG Floor of Cineleisure, Mutiara Damansara to accomodate nearly 600 people.

Loads of fun-filled activities and entertainment were made available for adults and kids from Walk Hunt, game stalls, petting zoo and stage games with over 200 prizes given away on that day. Celebrity MC on that day, Naz of My Australian Advanture tv program did a great job coordinating the stage games and the crowd entertained but what I noticed the most was his peculiar laugh. I am already considering him as MC for our Annual Dinner & Dance in November.
All photos are by Roland Hashim

The finale of the day was watching movies Harry Potter and Surf's Up where 3 cinema halls was reserved for this. I am never a fan of Harry Potter, the book series what more the movies, so I opted to take a nap during the remaining one and half hour of the movie. After the movie ended, we revealed the last surprise to the employees and their families. We had placed lucky draw envelopes under the movie seats and I remembered the suprise look on their faces when we asked them to remain in their seats at the end of the movie and check for an envelope under their seats. It was absolutely thrilling.....

I am relief this is over after sleepless nights worrying about the event. But I am thankful for the support and commitment given by my committee members in making realizing this event. Although there were some issues cropped up at the last minute especially from the Cineleisure Management who decided to impose some ridiculous restrictions and requests at the last minute at our expense, we managed to iron it out. Although this is over, I am now already working on the project timeline for our next event, Motor Hunt which is about a month away. Since I will be on leave for more than a week next month, got to leave some 'amanat' to my committee members to do the follow ups. We have unofficially informed the employees about this upcominng event and they are excited about it. Hopefully this one will be another success for our Sports & Social Club.

Friday, July 13, 2007

IT Humor

















Wednesday, July 11, 2007

A Noble Cause

I got to know some time last week I have been tagged. Alamak....not again! But when I saw the purpose of this tag is for a noble charitable cause, I decided to do my bit - the least I could do. This project is the brainchild of Blogger Idham where he will donate RM127 to Darul Izzah Orphanage, Bangi on behalf of every person who completes this meme no later than August 26.

The Rule
If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of the entry, you just need to tag as many person as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage". Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.

The meme is about completing at least 17 out of the following 27 sentences.....

1. A person is only as good as SHE OR HE GETS

2. Friendship is always UNCONDITIONAL ONLY WHEN IT STARTS WITH SINCERETY AT HEART

3. To love is TO ACCEPT SOMEONE WITH HIS OR HER IMPERFECTIONS

4. Money makes me WORK HARD BECAUSE "SEE #19"

5. I miss MY LATE ABAH AND ONYANG

6. My way of saying I care is by BEING THERE DURING GOOD AND ESPECIALLY BAD TIMES

7. I try to spread love and happiness by LOVING AND HAPPY WITH MYSELF FIRST

8. Pick the flowers when IT IS FOR A GOOD REASON

9. To love someone is to SHOW IT MORE THAN JUST SAYING THE 3 WORDS

10. Beauty is IN EVERYONE AND EVERYTHING, JUST FROM DIFFERENT PERSPECTIVES

11. When I was 13, what I remember the most - INAPPROPRIATE TO TELL BUT IT WAS A SIGNIFICANT MILESTONE IN MY LIFE

12. When I was 21, I remember RECEVING MY FIRTS MARRIAGE PROPOSAL

13. I am most happy when THINGS GO MY WAY

14. Nothing makes me happier than KNOWING THAT I HAVE CONTRIBUTED OR PART OF SOMETHING GOOD

15. If I can change one thing, I will not change NOT ONE SINGLE THING

16. If smiles were AS CONTAGIOUS AS LAUGHTER, then I WILL SPREAD IT LIKE WILDFIRE

17. Wouldn't it be nice if we could BE LESS JUGDEMENTAL OF OTHERS DIFFERENT FROM US

18. If you want to have INNER PEACE, then STOP FRETTING ON SMALL STUFFS

19. Money is not everything but EVERYTHING NEEDS MONEY

20. The most touching moment I have experienced was WHEN MY LOVED ONES ABANDONED THEIR PLANS AND WHATEVER THEY WERE DOING TO BE WITH ME AT THE HOSPITAL AND I WAS THERE MERELY FOR A MEDICAL CHECK UP AFTER A CAR ACCIDENT

21. I smile when MY HEART SMILES

22. When I am happy, I SUGGEST YOU TAKE ADVANTAGE OF ME

23. If only I don't have to BE ACCOUNTABLE FOR MY OWN ACTION, then SOMEONE ELSE WILL BE IN DEEP TROUBLE.

24. The best thing I did yesterday was LENDING MY EARS TO SOME FRIENDS AND LISTENING TO THEIR PROBLEMS

25. If I ever write a book, I will give it this title, "DAMSEL NOT IN DISTRESS"

26. One thing I must do before I die is to live EACH DAY AS IF IT WERE MY LAST

27. Doing this meme, I feel like "SEE #14"

To keep the ball rolling, I am selecting the following bloggers to do their bit of "Tagged For Charity". So folks, the ball is now in your court:-

1. Bila Pena Menari

2. Scusi! Sono Smaritto

3. Shahril Aley

Sunday, July 01, 2007

The Week That Was

Khamis lalu aku ke Rebung sekali lagi tetapi, bukan untuk 'mengintai' si Abang Astronaut tetapi untuk dinner dengan seorang former blogger, Dirtypap. Ini pun secara kebetulan apabila aku menghantar sms kepadanya minggu sebelumnya untuk bertanya khabar after he decided to put his blog "Perjalanan Hidup" to rest dan memberitahu aku dia berada di Johor pada waktu itu dan akan ke KL a few days later for a seminar. So, we agreed to meet and this time, I invited Xis, Bila Pena Menari to join us menjadikan dia blogger yang kedua bertemu dengan Dirtypap in flesh selepas yours truly. From my office building, where headed to Rebung in Xis's car. Instead of buffet dinner, this time I opted for ala carte Nasi Goreng Kampung (spicy one) sementara Xis dan Dirtypap ordered Nasi Goreng Special Rebung. Pilihan ala carte sememangnya tak banyak tetapi yang menarik di sini nama-nama air minumannya memang unik, Janda Pulang, Mayang Sari and a few more tetapi aku dan Xis chose Syrup Sarbat with cinnamon whilst Pap settled with a more common drink, Iced Lemon Tea. Geram juga aku dengan mereka berdua ni tak adventurous mencuba buffet dinner. Yang seorang berdiet dan seorang lagi memang jenis tak makan banyak. Haiyoooo....Both of them skipped desert but I had pengat pisang. Memang dah lama nak makan pengat pisang but everytime datang ke sini, pengat lain yang ada. It was a lucky night for Xis as Rebung played Kak Pah's songs that night although in between adalah suara-suara sumbang dari guests yang menyanyi karaoke till at a point we literally covered our ears...pitching lari ler....

Soalan cepumas yang ditanya kepada Pap of courselah kenapa dia decided to put blog 'Perjalanan Hidup'nya to rest. Alasannya tiada apa yang nak diceritakan. Xis dan aku 'lectured' Pap kalau ya pun takkan sampai delete, at least change permission setting tu just in case tiba-tiba terasa nak sambung aktiviti blogging. Sayang effort yang dah dibuat menulis dan merias blog tu. Anyhow, rice dah jadi porridge, nak buat camna. Jenuh bersembang dan berbual dari satu topik ke satu topik, tak sedar waktu berlalu hingga hampir 12 malam. Cashier pun dah datang minta bayaran sebab nak tutup buku dan start serve nasi lemak panas (Pada hari Khamis hingga Sabtu dari pukul 11 p.m. hingga 2 a.m., di Rebung, nasi lemak panas dan teh tarik available at hawker's price - promote ler ni). We dropped by at KL Sentral for Pap to pick up his bags and after Xis sent us back to my car parked near the office, aku menghantar Pap ke condo rakannya di Vista Angkasa. I felt sorry for Pap juga sebab perancangannya untuk menyambung Masters di UM dan move back to KL tidak kesampaian. Mungkin khidmat murninya masih diperlukan oleh penduduk Labuan....sabar dan tawakal aje Pap. Ada hikmah di sebaliknya.....
On Saturday night, aku menghadiri wedding adik colleague aku di Brickfields. Another Indian wedding tetapi kali ini tiada wedding rituals, hanya wedding reception sahaja. Mula-mula tu bercadang nak pakai sari yang dihadiahkan oleh seorang rakan dari Chennai tetapi tak sempat pula nak menghantar sari itu untuk dijahit. Last-last pakai sahaja dress dan kebaya dari Thai silk yang sudah lama terperap dalam wardrobe. Nasib baik muat lagi though I have put on a couple of kilos. My colleagues and I car pooled from our office and arrived at the wedding venue, a hall in the compound of Buddhist Temple about 9 pm. Bila kami sampai sahaja, terasa overdressed pula sebab ramai juga guests yang dressed so casually in jeans and T-shirts especially Cha Ya Nun Alif. Isykh...macam tak hormat the host aje those yang do not bother to dress appropriately ke majlis orang. Anyways, selepas makan nasi beriyani yang sememangnya sedap walaupun aku hanya jamah sedikit sebab dah had dinner earlier, kami beredar dalam pukul 10 pm. On the way balik, ada pula yang suggest singgah di mamak for teh tarik. Hilang akal agaknya diorang ni pergi ke mamak in those attire!

On Sunday pula, around 10 am aku dah ke The Curve mencari buah tangan untuk housewarming a friend di Cheras. Dah terlalu lama tak bersua muka dengan rakan aku ni, hanya occasional phone calls dan e-mails sahaja menjadi penghubung. So, when I received an e-mail invitation from her to a housewarming at her newly built house, aku luangkan masa untuk hadir walaupun aku sebenarnya memang tak tahu jalan ke Cheras. So there I was making my way to Cheras based on the direction she gave, main bulldozed aje. I finally arrived at a 3-storey bungalow house, the one and only there and gave her a call just to make sure I was at the right house. Alhamdulillah, begitu murah rezeki dia sekeluarga, dari duduk di apartment, sudah mampu membina rumah bungalow. After a tour of the bungalow dan menjamah makanan yang sedap, siap ada sambal tempoyak yang dibuat oleh ibu mentua kawan aku ini, aku meminta diri untuk temujanji with Hazura di Dome, Subang Parade. We had casual chat over drinks about the latest updates and gossips continued with dinner at Gazebo. We all jumpa agak often juga tapi still masih banyak yang nak dicerita-ceriti. It was already almost 9 pm by the time we knocked off for the day.

It has been an eventful week with too much excitement tetapi tidak sunyi dari dugaan dan kesedihan. Tomorrow is the start of another working week.....God knows what's in store for me....

Tuesday, June 26, 2007

No Ordinary Luncheon

Sememangnya kadang-kala aku dan rakan sekerja yang lain membuat perancangan makan tengahari in advance terutama sekali sekiranya tempatnya special sedikit dari kebiasaan. Pada hari ini venuenya adalah di Restoran Rebung yang terletak di Lorong Maarof, Bangsar kurang 15 minit dari our office. Restoran Rebung ini dimiliki oleh celebrity chef, Chef Ismail dan Sheikh Muszaphar Shukor (the latter name rings any bell?). Malaysia's first astronaut lor and recently listed as salah seorang daripada 30 lelaki yang digilai dalam majalah Wanita bulan Jun 2007). At RM28 for buffet lunch, harga memang berpatutan considering the wide buffet spread from gulai-gulai masakan kampung to the Malay traditional kuih-muih.

Kami berenam adalah pelanggan yang pertama pada hari itu dan yang paling mengejutkan bukan kerana personally disambut oleh the ever bubbly Chef Ismail himself tetapi siap dengan paluan gendang dan loceng oleh beliau. Sudah beberapa kali aku ke sini sebelum ini, tak pernah pula disambut sebegitu walaupun sudah beberapa kali berjumpa dengan Chef Ismail. Selepas kami mengambil makanan, Chef joined us at our table and had his lunch. Apalagi riuh meja kami dengan Chef yang sememangnya peramah, ditambah pula kami yang asyik melayan. Dalam bergurau-senda gelak ketawa tu, Chef sempat berkongsi perancangannya untuk restoran tersebut termasuk membuat cultural show with kampong style set up. Sepanjang kami menjamu selera, kami dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu Kak Pah membuatkan aku teringat kepada seorang rakan yang amat meminati beliau. Kalaulah dia ada di sini, mesti dia enjoy the food and ambience sambil dihiburkan oleh penyanyi pujaannya.


We also unexpectedly berpeluang bertemu dengan Sheikh Muszaphar yang pulang bercuti for 3 weeks. Aku hampir-hampir tak mengenalinya sebab the last time I saw him at Rebung was before he started his training and he was much much fairer and berisi sedikit. Now a little darker and thinner maybe because of all the training. Selepas kami habis makan, he came and sat at our table dan peluang tidak dilepaskan untuk bergambar dengannya. There we were squeezing into the 3-seater sofa which was absolutely fine with us ladies (*grinning*). Sempat juga aku bertanya perkembangan terbaru and wished him all the best.

Pulang ke pejabat, kami berkongsi cerita dengan a few colleagues tentang our encounter with Sheikh Muszaphar. Kebetulan pula salah seorang daripada rakan wanita aku was admiring him in the Wanita magazine the day before. She could only looked at us with her mouth opened and "green with envy’.

Anyway, I will be going to Rebung again in a couple of days to meet some bloggers but that will be another story……….

Wednesday, June 13, 2007

Cuti D'Langkawi


Destinasi percutian keluarga aku kali ini adalah ke pulau lagenda, Langkawi. Kami sekeluarga seramai 9 orang ke Langkawi menaiki pesawat Airasia dan tempat penginapan yang dipilih ialah Mutiara Burau Bay Beach Resort yang terletak lebih kurang 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Walaupun terpaksa menunggu sehingga lebih 30 minit semasa check-in, itu semua berbaloi apabila melihat pemandangan pantai dan laut yang mengasyikkan dari beranda Burau Suite dua bilik sementara dua adik lelaki aku pula menginap di cabana dengan katil berkembar yang terletak bersebelahan.

Walaupun ini adalah kali pertama aku menjejaki kaki ke Langkawi, aku tidak membuat perancangan untuk menerokai seluruh pulau. Tujuan aku ke sini lebih untuk merehatkan minda dan badan tanpa memikirkan soal kerja di samping meluangkan masa bersama ahli keluarga. Pada hari ketibaan, kami meluangkan masa berehat di cabana sambil melayan anak-anak buah aku berendam di dalam jacuzzi tab di beranda cabana dan bersantai di tepi pantai hingga lewat petang. Pada hari kedua selepas mandi laut di waktu pagi, baru kami ke beberapa tempat menarik di Langkawi menaiki kereta yang kami sewa dengan kadar RM100 sehari untuk 2 buah kereta Wira. Kadar ini jauh lebih murah dari kadar yang dipamerkan di lapangan terbang.


Tempat menarik yang dilawati ialah Langkawi Oriental Village di mana terletaknya Kereta Kabel dan Curved Suspension Bridge, lebih kurang 10 minit dari resort. Pemandangan sepanjang perjalanan ke atas menaiki kereta kabel memang menyejukkan mata dengan kehijauan hutan dara Hutan Simpanan Gunung Machincang, Air Terjun Telaga Tujuh dan sayup mata memandang, gunug-ganang, pantai serta pulau-pulau yang mengeliling Langkawi. Apabila melihat ke bawah, ngeri membayangkan bagaimana kalau kereta kabel yang kami naiki ini jatuh ke dalam hutan di bawah. Kebetulan pula kakak aku, Kema sebut pula mengenai peristiwa kemalangan di sebuah negara jiran di mana sebuah kereta kabel jatuh. Memang tak sayang mulut betul kakak aku ni!

Sewaktu kami menghampiri hentian pertama, aku terpegun melihat Curved Suspension Bridge yang merentangi banjaran Gunung Machincang. Seperti Gunung Machincang yang mistik, jambatan tersebut bagi aku seperti suatu ilusi dan fantasi yang mengingatkan aku akan filem Lord Of The Rings. Salah satu perkara menarik tentang jambatan ini adalah seluruh strukturnya disokong oleh sebuah menara tinggi yang ditanam jauh di bawah antara lembah gunung ini. Aku kagum bukan sahaja kerana jambatan ini dibina pada paras ketinggian hampir 700 meter tetapi juga bagaimana bahan-bahan binaannya dibawa ke ketinggian tersebut memandangkan tiada jalan dari kaki gunung sehingga ke puncak. Sebaik sahaja tiba di Hentian Ke-2, kami merintis jalan denai bertangga menuruni ke jambatan tersebut. Semasa berdiri dan meniti laluan ke hujung jambatan, terasa jambatan tersebut berbuai-buai walaupun angin bertiup lembut. Aku tidak berani melihat ke bawah tetapi sekadar menikmati pemandangan indah di sekitar. Terasa seperti di awang-awangan pula.

Pada hari ke-3, pada sebelah pagi kami ke Padang Matsirat di mana terletaknya kawasan Beras Terbakar. Di kiri kanan jalan menuju ke kawasan ini, penuh dengan deretan kedai menjual pakaian, barangan handikraf, cenderahati dan ubat-ubatan terutama yang diperbuat dari gamat. Kawasan beras terbakar ini hanyalah sebuah kawasan kecil yang dipagari. Puas juga menguis tanah dari tepi pagar mencari beras terbakar tetapi hampa. Yang ada hanyalah beras terbakar di dalam botol yang dipamerkan di hadapan kawasan tersebut. Aku tidak lama di sini dan langsung menuju ke Kota Mahsuri sementara kembar aku sekeluarga membeli-belah di kedai-kedai tersebut.

Selain daripada terdapat makam dan perigi Mahsuri, tempat Mahsuri dikatakan dikebumikan ini telah dibangunkan menjadi sebuah kompleks yang agar luas dengan replika rumah-rumah tradisional Melayu, mini muzium yang mempamerkan barangan artifak berkaitan cerita Mahsuri di samping kedai-kedai menjual cenderahati. Terdapat juga pohon kekabu yang lebat berdekatan dengan makam dan beberapa ekor burung di dalam sangkar. Aku sempat juga meminta seorang pelukis melakarkan potret aku di sini pada harga yang agak berpatutan. Kami langsung ke Pekan Kuah untuk makan tengahari dan membeli-belah di kedai-kedai bebas cukai di sini. Aku hanya membeli fridge magnet Langkawi sebagai kenangan dan coklat untuk dibawa pulang. Aku tidak lama di sini kerana bagi aku tiada barang-barang yang menarik hati aku untuk dibeli walaupun kulihat berpusu-pusu orang memborong pelbagai jenis barang terutamanya pinggan mangkuk. Kembar aku terus sakan membeli-belah sehingga malam baru pulang ke resort sedangkan aku awal-awal lagi sudah pulang. Pada keesokan harinya sebelum pulang ke KL pada sebelah petang pun dia sempat menyambung aktiviti membeli-belahnya di Padang Matsirat sehingga anak buah aku, Ashin merungut tidak akan mengikut Mamanya membeli-belah lagi.

Di Langkawi juga aku terserempak dengan beberapa orang yang aku kenali. Semasa membeli tiket untuk menaiki kereta kabel, aku terjumpa dengan Khairil sekeluarga yang merupakan ahli rombongan semasa percutian aku ke Kaherah pada akhir tahun lalu. Lalu berlakulah adegan jejak kasih kerana sejak percutian tersebut, kami tidak lagi berjumpa. Aku juga terserempak dengan seorang mamat yang aku kenali di kedai Sony Style, Subang Parade semasa aku sedang membelek kamera digital di situ. Dia yang menyarankan aku membeli kamera digital jenama Sony berbanding dengan Canon dan Nikon, antara jenama lain yang dalam pertimbangan aku. Aku terima saranan beliau lalu membeli kamera digital Sony Cybershot T20 berwarna merah jambu. Sememangnya aku berpuas hati dengan ciri-ciri kamera tersebut dan hasil gambarnya. Kebetulan yang lebih mengejutkan ialah, mamat ni atau namanya Ouch tinggal di cabana bersebelahan dengan cabana aku. Peliknya kami tidak pernah bertembung di resort. Jemputan untuk makan malam darinya di cafe resort pada malam itu terpaksa aku tolak kerana pada waktu itu aku dalam perjalanan bersama keluarga untuk makan malam dan malam itu adalah malam terakhir aku di Langkawi. Memang kecil dunia ini.......

Walaupun ini adalah kali pertama aku menjejaki kaki ke Langkawi, tetapi pastinya bukanlah kali terakhir. Aku berhasrat untuk pulang ke pulau lagenda ini untuk melawat tempat-tempat lain yang menarik.....insyaallah....

Thursday, May 31, 2007

Inspirational Quotes





Saturday, May 26, 2007

Kebaya Day

Kehadapan sahabat kami yang dikasihi dan diingati selalu

Gadis ayu jalan berlenggang
Sungguh manis memakai kebaya
E-mail ini untuk mengundang
Ke jamuan kami di kafetaria

Bukan gunting dalam lipatan
Sekadar memberi peringatan
Bukan majlis besar-besaran
Sekadar ringkas kecil-kecilan

Sungguh harum bunga hiasan
Harum lagi bau kasturi
Jangan lupa jika kelapangan
Jumpa di sana jam 12 tengahari

Yang mengundang
Elis, Nurul & Roza

Finalists Ratu Kebaya (boleh?)

Pantun di atas adalah hasil nukilan kreatif rakan sekerja aku, Roza Lawa sebagai undangan eksklusif kepada rakan-rakan sekerja untuk hadir ke majlis makan-makan yang diadakan pada Jumaat lepas bertempat di 'Sky Garden' my office. Segalanya bermula dengan satu pakatan dengan beberapa rakan sekerja untuk memakai our best kebaya on a Friday. Plan ni dah beberapa kali tertunda kerana ada yang kata nak kuruskan badan supaya boleh fit into their kebayas dan ada pula yang hendak menempah kebaya baru. Kebaya pink yang aku sarungkan tu dibuat untuk Aidilfitri tahun lalu.

As the D-Day approached and excitement built up, timbul pula rancangan untuk mengadakan a small party over lunch to celebrate a few occasions, personal and work-related. Menu asal pada mulanya hanyalah pulut kuning beserta rendang tetapi apabila at the last minute we decided to invite a few other colleagues, a few more dishes were added including fried meehoon yang ditempah dari food court, chocolate muffin yang dibuat oleh Roza dan cupcakes yang aku tempah dari a fellow blogger, P-nut siap dengan names of a few of our colleagues on the cupcakes. Nasib baik Pnut dapat buat on short notice dan dapat personally deliver the cupcakes to my office.

Ocean 11
(Not in the pic - Shearnilicious, the photographer)

Pada hari tersebut, kami yang all dressed up in our kebayas awal-awal pagi sudah ditegur oleh other colleagues yang curious mengapa a bunch of us memakai kebaya. Tambahan pula dua rakan, Joyce dan Roza sememangnya tidak pernah memakai kebaya di ofis. Tepat jam 12 tengahari, we set up the table at the 'Sky Garden'. 'Sky Garden' ni is an open air area at 24th floor of our office building with a spectacular view of KL city skyscrapers and the view gets better at night. Memang sesuai untuk majlis seperti ini. All our invitees started to come a little after 12 walau ada yang sedikit kelewatan disebabkan kerja dan meeting termasuklah my lady boss yang sememangnya sporting dan turut memakai kebaya at my request. Kesempatan get-to-gether seperti inilah we talked about other than work dan memandangkan inilah member-member office yang 'sekepala', majlis makan memang meriah dengan usik-mengusik, bergurau-senda dan gelak ketawa.

From left (clockwise) : Elis Cun, Roza Lawa, Syamsul, Adeline+Jonaes,
Adeline, Elis Cun+Anne, Jonaes, Yat, Lin, Joyce, Rozita

Majlis ended when the lunch hour ended but some of us were still hype from the excitement continued to pose and snapped pics in the office. So vain, kan? Anyways, we the hostesses were so glad that everybody had fun. We received thank you notes from our friends for organizing this event.Aku rasa walaupun sesibuk mana atau sestress mana pun bekerja, such little little things yang dibuat to create a little fun and excitement at work boleh membuatkan tempat bekerja a fun place to be. All work and no play, makes Jack or Jill a dull boy or girl.

From left : Jonaes, Anne, Roza Lawa, Shearnilicious

Definitely this will not be the last but the beginning of more to come. We are determined to do this more often and are already planning to have the next one in July. Hopefully it will materialize, insyaallah....