Sememangnya kadang-kala aku dan rakan sekerja yang lain membuat perancangan makan tengahari in advance terutama sekali sekiranya tempatnya special sedikit dari kebiasaan. Pada hari ini venuenya adalah di Restoran Rebung yang terletak di Lorong Maarof, Bangsar kurang 15 minit dari our office. Restoran Rebung ini dimiliki oleh celebrity chef, Chef Ismail dan Sheikh Muszaphar Shukor (the latter name rings any bell?). Malaysia's first astronaut lor and recently listed as salah seorang daripada 30 lelaki yang digilai dalam majalah Wanita bulan Jun 2007). At RM28 for buffet lunch, harga memang berpatutan considering the wide buffet spread from gulai-gulai masakan kampung to the Malay traditional kuih-muih.
Kami berenam adalah pelanggan yang pertama pada hari itu dan yang paling mengejutkan bukan kerana personally disambut oleh the ever bubbly Chef Ismail himself tetapi siap dengan paluan gendang dan loceng oleh beliau. Sudah beberapa kali aku ke sini sebelum ini, tak pernah pula disambut sebegitu walaupun sudah beberapa kali berjumpa dengan Chef Ismail. Selepas kami mengambil makanan, Chef joined us at our table and had his lunch. Apalagi riuh meja kami dengan Chef yang sememangnya peramah, ditambah pula kami yang asyik melayan. Dalam bergurau-senda gelak ketawa tu, Chef sempat berkongsi perancangannya untuk restoran tersebut termasuk membuat cultural show with kampong style set up. Sepanjang kami menjamu selera, kami dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu Kak Pah membuatkan aku teringat kepada seorang rakan yang amat meminati beliau. Kalaulah dia ada di sini, mesti dia enjoy the food and ambience sambil dihiburkan oleh penyanyi pujaannya.
We also unexpectedly berpeluang bertemu dengan Sheikh Muszaphar yang pulang bercuti for 3 weeks. Aku hampir-hampir tak mengenalinya sebab the last time I saw him at Rebung was before he started his training and he was much much fairer and berisi sedikit. Now a little darker and thinner maybe because of all the training. Selepas kami habis makan, he came and sat at our table dan peluang tidak dilepaskan untuk bergambar dengannya. There we were squeezing into the 3-seater sofa which was absolutely fine with us ladies (*grinning*). Sempat juga aku bertanya perkembangan terbaru and wished him all the best.Pulang ke pejabat, kami berkongsi cerita dengan a few colleagues tentang our encounter with Sheikh Muszaphar. Kebetulan pula salah seorang daripada rakan wanita aku was admiring him in the Wanita magazine the day before. She could only looked at us with her mouth opened and "green with envy’.
Anyway, I will be going to Rebung again in a couple of days to meet some bloggers but that will be another story……….