Monday, February 18, 2008
Hit The Road, Jack!
Wednesday, December 26, 2007
A Birthday Retreat
Aku mula merancang birthday retreat ni sejak awal Disember lagi dan insan yang diraikan tidak lain tidak bukan, insan yang satu, tiada duplicate - MAK. I called it a birthday retreat because we actually 'kidnapped' Mak to a private retreat to a place called Sekeping Serendah for a weekend. Mak was clueless all the way to KL from Teluk Intan until my bro, Shahrul made an exit at Rawang where we were already waiting for them. But still Mak had no idea it was to celebrate her birthday since her birthday is on January 1. My initial plan was to do it on December 31 so that we could celebrate it that night tapi kena buat a week earlier sebab the place was fully booked pula on that day.
Sekeping Serendah ni is a private retreat surrounded by lush greenery nature located in the town of Serendah. Ada 3 types of houses called sheds - 2 glass sheds, 2 mud sheds and the newest, 1 timber shed. Getting there was a bit tricky sebab memang tiada proper or visible signboards. Even some locals kat pekan Rawang and Serendah pun blur about this place. After passing through pekan baru Rawang and Serendah, kena melalui Perkampungan Orang Asli Serendah dan jalan tanah merah hingga ke pintu masuk tempat ini. Aku dah suspense masa melihat keadaan jalan dan sekeliling semasa menuju ke sini. Takut juga jadi kes tipah tertipu sebab bila tengok photo gallery in the website nampak tempat ini memang cantik. Bummer - there goes my plan for Mak's birthday. But as soon as we went through the front entrance, aku rasa lega ya amat sebab the place memang seindah seperti pics in the website.
Masa mula-mula learnt about this place, memang dah teruja nak tinggal di glass shed tapi bila called nak buat reservation, fully booked pula. Time tu pula cuti sekolah, public holiday and that type of shed pula ada 2 aje. So, had to settle with the next best thing - the timber shed. It may be the most expensive but the biggest with 2 bedrooms. Staying at the timber shed banyak mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak. Bunyi insects dan lantai kayu apabila berjalan di atasnya reminded me semasa tinggal di rumah kampung Opah dan Tok aku di Manong, begitu juga kelambu yang tergantung di katil. The last time aku tidur berkelambu ialah semasa Onyang masih hidup. Everytime tidur di rumah Onyang, memang wajib gantung kelambu. Yang paling menarik tentang tempat ini is all the sheds here has open-concept including the shower area yang berbumbungkan langit dan pepohon hijau. Everytime bersiram, memang paranoid juga tengok atas kut-kut ada Mat Skodeng menyorok di celah-celah pokok. Facilities here very basic and not lavish. Other than a fridge, microwave and cooking stove, there is no tv, telephone nor mobile network coverage here. Because there are only 5 sheds, memang boleh expect a lot of privacy.
We spent the day of arrival recce kawasan keliling, then spent some time at the waterfall about 5 minutes drive for brunch. In the afternoon, we headed to the Serendah International Orchid Farm about 15 minutes drive. Ke sini juga tiada signboard langsung that we had to stop twice to ask some locals. Tempat ini terletak di atas bukit dan dari menara tinjau di atas, memang boleh lihat pemandangan pekan Serendah dan kawasan sekelilingnya. Unfortunately around this time tidak banyak orkid yang berbunga but Kema and Mak beli a few to take home.
Mak's advanced birthday celebration dibuat pada malamnya. BBQ chicken and marshmallow by the pool side with simple dishes which we have pre-prepared and brought from home, hanya diterangi dengan scented candles. We had the pool all to ourselves. It was almost perfect if it was not for the cake yang melt sedikit masa on the way ke sini di siang harinya. Although rupanya dah terjejas sikit but the cake named Desire which we bought at Barkezin, Bangsar Village II memang sinfully sedap. It's a combination of white and dark chocolate with crunchy caramel almond. Tengok aje pic ni, tempting and cantik kan? After dinner, my youngest bro, Rizal terjun ke dalam pool. Sorang-sorang dialah cepak cepuk berenang ke sana sini tengah-tengah malam. The rest of us jadi 'pemerhati PBB' by the pool side sambil continuing with our dinner and BBQ.
The following day after breakfast, all of us spent the entire morning at the pool. Aku ambil kesempatan crash course belajar berenang from Rizal starting from learning to float and within a short period of time, I can already do some short strokes. I was either a fast learner or Rizal was a good teacher. Lepas ni, dah teruja nak pergi practice swimming di Armanee which has a resort-like pool. By noon, we checked-out but already talking about returning to this place for a family gathering. This time, kena plan and book awal-awal for the glass sheds.
For those who are seeking for a short escape from the hustle and bustle of city life, this is just the perfect hideout for relaxing and enjoying the tranquility of the natural environment. Visit http://www.serendah.com/ to find out more info and photos about this place.
What A Wonderful World by Louis Armstrong
Friday, December 14, 2007
Jalan-Jalan Cari Makan @ House + Co
APPETIZER
Edamame - Japanese soya bean dusted in sea salt
SALADS
Kurt's Grape & Pine Nut Salad - Fresh crunchy vegetables, grapes and pine nuts tossed in light creamy dressing
Caesar Salad - Crispy lettuce tossed in a cheesy dressing topped off with croutons prepared in olive oil
SANDWICHES
Tuna Walnut Pita - Toasted whole meal pita bread stuffed with peppery tuna, crunchy walnuts, lettuce and carrots.
Beef Rendang Pita - Toasted whole meal pita bread stuffed with spicy and tender beef rendang, lettuce and carrots
Chicken Pita - Toasted whole meal pita bread stuffed with poached chicken and toasted pecans, lettuce and carrots
MAIN COURSE
Nasi Lemak - Fluffy basmati rice cook in coconut milk and served with sambal, acar, nuts, anchovies and choice of beef/chicken/sotong
Kim Lien's Kway Teow Soup - Soft flat rice noodles served with prawns, poached chicken, bean sprouts and 'chai sim' in pipping hot chicken soup
Nyonya Curry Laksa - Your choice of noodles served served in hot spicy coconut creamy gravy with poached chicken, prawns, bean sprouts, tofu and cabbage
Prices range from RM6 - RM15.
Today, Roza, Elle and I ordered Beef Rendang Pita and Chicken Pita whilst Tress and Mel ordered Nyonya Curry Laksa. The dishes sound plain but what make them special is the food arrangement and garnishing other than rasanya yang sedap. My favorite here is the Nasi Lemak Sotong especially the sambal. The next time aku datang sini, I'll post a pic of the Nasi Lemak which has an equally interesting food presentation. 4 stars out of 5 for this place.
Sunday, December 09, 2007
Walimatul Urus I
Sabtu lepas telah berlangsung sebuah majlis pertunangan di Teluk Intan. Aku pulang pada hari Jumaat selepas kerja kerana tidak dapat ambil cuti kerana baru sangat mula bekerja di tempat baru. Awal pagi lagi, di luar dan dalam rumah, ramai saudara-mara dan jiran tetangga sedang rancak membuat persiapan terakhir terutama sekali lauk-pauk untuk dihidangkan untuk rombongan dari pihak lelaki dan para tetamu. Walaupun lauk-pauk catered tetapi hidang-menghidang dilakukan sendiri dengan bantuan saudara-mara dan jiran tetangga. Masih kuat masyarakat di sini berpegang kepada semangat gotong-royong dan bersepakat dalam hal-hal kenduri-kendara ini. Lauk-pauk yang dihidangkan kebanyakannya masakan kampung - gulai lemak nangka, rendang tok, kerabu, ayam goreng berempah, kacang botol dan sudah pasti tidak ketinggalan, sambal tempoyak (lepas gian aku makan sambal tempoyak!).Hantaran bertemakan rona hijau sudah sedia tersusun di atas katil kecuali tepak sirih dan gubahan sejadah. Semuanya ada 11 hantaran dari pihak perempuan. Semasa sedang meneliti barangan hantaran satu persatu, terperasan pulak pada salah satu hantaran iaitu sebuah kek yang tertulis Selamat Bertunang, nama pihak lelaki di atas kek disalah eja - Erwin (pronounced as air-wind) menjadi Arvin. Perkara itu menjadi bahan gurauan - jangan pula tiba-tiba yang datang nanti a/l instead of bin....
Background Song : Wanita Yang Kau Pilih by Rossa
Saturday, December 01, 2007
Dr Sheikh Spotted Again!
On Fridays we get 2 hours lunch. Whilst the male colleagues go for Friday prayers, the females apalagi pergi galavanting, shopping ke or drive out lunching at places away from the office. I pulak took Dee to Rebung for lunch. She moved from Miri to KL when she joined my current employer 2 months ago. I got to know her when attending system training in my 2nd week of joining and we clicked instantly. Since she's kinda new here, I jadi ala-ala Tengku Maria Sabri JJCM introducing to her places to dine in KL, pasni maybe Ronda 360 degrees jalan-jalan makan angin di tempat menarik di Semenanjung. I told her about Rebung etc etc. It must have been her lucky day as when were about to leave, Dr Sheikh Muszaphar showed up. If it was not because of another car blocked my car, we would have left sooner and Dee would have missed the opportunity to meet Doc face to face. Bukti ada hikmah di sebalik setiap kejadian atau ketentuanNya. It was brief but we managed to snap a couple of pics together. Dee is on Cloud 9 these few days....On the way back to the office, I realized it was Mokhzani Mahathir whom I asked to snap our pic. Absolutely cool public figures.....Monday, November 12, 2007
Untuk Sesuap Nasi....Is It Worth It?

Sunday, November 11, 2007
Crossroad
I was the ‘pengacara diva’ that night, something I have not done for a very long time. It was a memorable night, for me at least. After all has ended, I went back to my desk, the emotions started to kick in. I realized that I am going to miss a lot of things, the wonderful teammates who have been very supportive, my bosses who valued my individuality allowing me to speak my mind freely although my thoughts and opinions may differ from them and most importantly I found some great friends here. Friends who added color into my life - there was never a dull moment when we were together. I stayed at the office until 2 a.m., chatting with some colleagues, we hugged each other, there was never once we said farewell or goodbye. I packed my personal belongings and left some momentos to a couple of them.
On my first day at the new workplace, I received smses from some former colleagues but this particular one from Roza cum my companion whenever we had to work late nights made me so sebak - “Saya nak tujukan lagu ‘Tak Akan Melupakanmu’ ini untuk mak, ayah yang disayangi yang kini berada di kampung, buat cinta hati yang baru pulang dari bulan, juga salam mesra dan tahniah untuk sahabat yang paling cun dan tetap tabah walau tewas menganyam ketupat semalam dan juga untuk sahabat yang terhangat di pasaran dan akan menempuh alam persekolahan baru hari ini..dengan ucapan fahamilah senikata lagu ini, I luv u guys…”.
Gosh! I miss them already....
Wednesday, October 31, 2007
Mushy Mushy Day
Sunday, October 28, 2007
Breaking The Silence
Tiada berbeza dengan tahun-tahun lepas, Syawal disambut dalam kesederhanaan dikelilingi oleh keluarga dan saudara-mara terdekat. Walaupun sederhana dan tanpa keluarga kembar aku yang beraya di kampung mentuanya di Tawau, tetapi tetap meriah especially ada anak-anak cousins aku yang bertanggak di rumah aku. Terubat juga rasa rindu kepada Ashin dan Noah dengan kehadiran mereka. Yang menariknya, Syawal tahun ini secara kebetulan didominasi dengan theme hijau, jadi theme tahun ini ala-ala lagu Zainal Abidin "Hijau' lah. Sejuk mata memandang...By the 3rd Syawal, aku sudah pulang ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas pada keesokan harinya. Ada banyak desakan tugas yang perlu dibereskan. Memang heaven pergi balik ke tempat kerja during the rest of the week kerana trafik tersangatlah smoothnya dan pejabat juga lengang. Dapatlah aku siapkan kerja dengan aman damai tanpa gangguan.
Monday, September 24, 2007
When Friends Meet - Get Well Soon, Mum!
Aku tiba di KLCC sejam lebih awal dari waktu berbuka untuk berjumpa dengan Helen for some private and personal conversation. Sempat juga menjengah sales di I-Setan exclusive for its members. Setengah jam sebelum waktu berbuka, seorang demi seorang tiba di tempat yang dijanjikan iaitu di Exhibtion Hall 5 of KL Convention Centre. Walau terdapat a little mixed up with our reservation, alhamdulillah kami mendapat meja yang terletak berdekatan dengan tempat juadah yang disediakan. Cara hidangan adalah secara buffet dengan konsep gerai-gerai yang terletak di tengah-tengah hall. Juadah yang disediakan terdiri daripada makanan tempatan dan 2 gerai yang menyediakan makanan Jepun dan Arab. Aku menjamah sedikit sebanyak beberapa juadah dari lamb kuzi, murtabak, ketam bakar, mee goreng mamak, banana fritters, Japanese food amongst a few. Semasa makan, tetamu turut dihiburkan oleh lagu-lagu Melayu asli yang dimainkan oleh secara live oleh beberapa pemuzik di atas pentas. Tidak seperti di hotel, di sini tidak perlu bersesak-sesak dan bergesel bahu untuk mengambil makanan kerana jumlah meja yang available for reservation terhad membuat orang tidak ramai ditambah pula dengan ruang hall yang besar.
Sambil makan, kami bersembang dari satu topik ke satu topik. Banyak benar yang diceritakan dan dikongsi terutama update each other tentang perkembangan some of our mutual friends and acquaintances. Ada yang bernasib baik, ada yang tidak, ada cerita sedih, ada cerita gembira dan ada juga cerita yang menjadi pengajaran termasuk berbincang tentang some business opportunities. Kerana terlalu leka bersembang, tidak sedar waktu sudah 10 p.m. iaitu the end of the buffet dinner. Kami merupakan tetamu yang terakhir beredar sementara pekerja-pekerja sudah mula mengemas meja dan clearing the food.
Keesokan paginya, aku ke sebuah klinik di PJ untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Suatu yang perlu aku lakukan untuk memenuhi requirement pihak tertentu. Nasib baik semua ujian kesihatan berjalan dengan lancar dan selesai dalam satu setengah jam. Keputusan ujian akan diketahui dalam masa seminggu. Dalam itu sempat juga berkenalan dan bersembang dengan a few people yang membuat pemeriksaan kesihatan dengan tujuan yang sama. The main question we asked each other was when is the D-Day.
By noon, aku bertolak ke Teluk Intan accompanied by my aunt. Sepatutnya kakak aku, Kema ikut bersama tetapi di saat akhir dia diarahkan ke India atas urusan kerja. Monyok sahaja muka dia semasa aku singgah sebentar mengambil kek untuk Mak di condonya pada malam sebelumnya kerana terpaksa ke India. Sebab utama aku pulang adalah untuk berbuka dengan Mak. Kebetulan pula beberapa hari sebelum itu adik aku menghantar berita Mak kurang sihat, muscle di bahagian pinggang lari semasa gardening. Walaupun sudah berjumpa doktor dan diberi ubat, masih terasa lagi sakitnya. Selepas ini, kalau dalam seminggu ini masih tidak pulih, aku bercadang hendak membawa Mak ke SJMC. Tambahan pula Mak akan ke Kota Kinabalu seminggu selepas Raya ditemani Liza dan Kema untuk menjenguk cucu-cucunya dan meraikan their belated birthdays kerana kembar aku sekeluarga akan beraya di Tawau tahun ini. Aku pula tidak pasti samada aku boleh turut serta atau tidak kerana banyak perkara yang harus aku selesaikan. Harapan dan doa aku agar Mak akan beransur pulih by Raya dan dapat melawat cucu-cucunya, insyaallah.
Sunday, September 02, 2007
Turkey : Pamukkale - Ephesus - Cappadocia - Istanbul
Kusadasi
Penginapan malam itu adalah di Hotel Ilayda di Kusadasi yang terletak tidak jauh dari Ephesus, tempat tujuan keesokan harinya. For a 2-star hotel and the room rate charged, the condition of the room and hotel service are beyond my expectation. Memang highly recommended. Walaupun aku tidak mendapat bilik yang berhadapan dengan Kusadasi Bay, tetapi keesokan pagi, sebelum coach tiba, aku mengambil peluang berjalan dan bersantai di tepi pantai menikmati pemandangan laut yang biru. Terasa macam di Greece pula sekejap dan bertambah gelap lagilah kulit aku dek panahan sang suria.
House of Virgin Mary yang terletak di Bulbul Mountain dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau mewujudkan suasana yang cooling dan redup sememangnya melegakan setelah a couple of days berada di bawah terik matahari. Shrine di mana Virgin Mary dipercayai menghabiskan usianya ini is as important and sacred to the Moslem as it is to the Christians. Rumah ini sebenarnya kecil sahaja di mana terdapat prayer altar untuk pengunjung yang beragama Kristian bersembahyang. Di kawasan luar, terdapat bekas kolam air di mana upacara pembaptisan diadakan, mass area, prayer wall yang dipenuhi wish notes dalam pelbagai bahasa dari pengunjung serta holy water dari water taps. Actually aku pun tidak tahu dari mana datangnya air ini tetapi menurut kata our tour guide, the water runs under the shrine. Anyways, for Moslems - Awas! Jangan pula mengambil air dari sini untuk dibuat minum. Aku diberitahu di sini tiada public transport selain daripada teksi or kalau larat, cubalah berjalan kaki.Pada hari pertama aku, I had the whole day to myself. Aku menghabiskan masa berjalan di sekitar bandar Urgup sambil melihat masyarakat tempatan menjalani kehidupan harian. Di suatu sudut berdekatan dengan masjid, sekumpulan lelaki-lelaki tua sedang duduk bersembang sambil menghisap rokok. Di sebuah lorong pula di bawah pepohon anggur, beberapa lelaki bermain boardgame yang seakan-akan mahjung. Aku mendekati mereka untuk melihat dari dekat boardgame tersebut dan as usual ditawarkan Turkish tea di dalam gelas berbentuk tulip sambil berbual dengan salah seorang daripada mereka yang boleh berbahasa Inggeris. Sememangnya sudah menjadi tradisi di Turki, tetamu dihidangkan Turkish tea which means 40-years of friendship. Memang sejak tiba di Turki, I have lost count berapa gelas aku dah minum but it doesn't matter sebab aku memang suka minum teh.
Keistimewaan Cappadocia ialah bentuk mukabuminya yang unik, terhasil daripada larva gunung berapi. Hakisan angin dan air beribu-ribu tahun lama membentuk chimney rock atau dikenali sebagai fairy chimneys. Cappadocia juga terkenal dengan cave houses dan rock churches yang menjadi penempatan Christians yang lari daripada penindasan Romans. Lawatan di sini benar-benar menguji ketahanan fizikal aku kerana banyak aktiviti mendaki turun naik bukit. Tambahan pula aku tidak memakai kasut yang sesuai menjadikan perjalanan aku lebih perlahan terutama sekali semasa menuruni cerun-cerun bukit. Yang menyeronokkan juga semasa lawatan ini adalah mencari dan meneka shapes yang menyerupai binatang, isyarat tangan dan sebagainya yang terbentuk secara semulajadi. Termasuk dalam itinerari di Cappadocia ialah lawatan ke kilang pembuatan pottery. Selain demo tentang cara-cara pottery dibuat, terdapat bilik pameran dipenuhi barangan daripada pinggan, pasu, bowls, jug air, dan pelbagai lagi untuk kegunaan harian atau hiasan.
Malam itu aku menaiki bas pulang ke Istanbul yang memakan masa 13 jam. Sebaik tiba di Istanbul, aku terus menuju ke Eminonu untuk berbaris mendapatkan tiket menaiki Bosphorus Cruise. Cruise bermula pada pukul 10.30 a.m. dari Galata Bridge sehingga ke perhentian terakhir di Rumeli Kavagi. Aku bukan sahaja dapat melihat beberapa monumen seperti Dolmabahce Palace & Mosque, Ciragan Palace yang terdapat di sepanjang Bosphorus tetapi juga bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang cantik rekabentuknya. Keseluruhan cruise took about 6 hours termasuk 3 jam menunggu di the second last stop - Anadolu Kavagi sebelum menaiki feri pulang ke Galata Bridge. Anadolu Kavagi is a fishing village with loads of Balik Restaurants (Fish Restaurants). Masa 3 jam itu aku habiskan mendaki ke Yoros Kalesi, a ruined castle on the hill where from there one can have a great view of the Black Sea with ships passing by.
Selepas checked-in semula di Hotel Sultanahmet, aku bergegas ke Sirkeci Railway Station untuk menyaksikan Whirling Devrish ceremony. Persembahan ini hanya ada pada hari-hari tertentu sahaja dan tiket boleh didapati di most hotels di Istanbul. Just make sure it is bought in advanced sebab memang cepat habis especially during peak season. Semasa upacara ini, aku terfikir samada the whirling devrishes ini betul-betul berada di tahap ecstasy sewaktu mempertontonkannya kepada pelancong kerana instead of menjadi a religious ceremony, it has been commercialized. Adakah unsur mistik dan kekusyukan kepada pengamalnya? Wallahualam...
Perancangan keesokan harinya was to do a little shopping di Kapali Carsi atau Grand Bazaar, beli barang yang dipesan Mak di Egyptian Bazaar dan selepas itu buat Turkish Bath. Normally kalau pergi travel, shopping is not my main agenda and I will do this last depends kalau ada extra money to spare. Memang pelbagai barang yang dijual dan boleh rambang mata untuk memilih. I ended buying only a few souvenier items sebagai kenangan di Turki dan hadiah untuk adik-adik aku termasuk tulip-shaped tea sets untuk Mak. Selepas itu, aku ke Egyptian Bazaar untuk mencari lotus oil yang dipesan Mak. Mak menggemari bau lotus oil ini semasa melawat Cairo tahun lalu. Mahal juga harga lotus oil di sini berbanding dengan di Cairo. Sempat juga singgah di sebuah kedai yang menjual scarves sebagai hadiah untuk Mak and my sisters. Satu perkara yang aku notice, barang-barang di Egyptian Bazaar lebih murah daripada di Kapali Carsi. So, it's better to buy some items seperti T-Shirts, accessories, shawl dan souvenier items di Egyptian Bazaar.
Rancangan untuk buat Turkish Bath terpaksa aku batalkan kerana kesuntukan masa dan aku harus bertolak ke airport to catch my flight back to Dubai. Nevertheless, I am happy with how this trip went and ended. Walau ada juga a few unpleasant incidents yang menguji keimanan aku tetapi banyak juga pengalaman manis yang memang sukar dilupakan.
Wednesday, August 22, 2007
Turkey : Istanbul
My first experience travelling solo to the farthest place I have traveled to date did not just went smoothly but it surpassed what I imagined it would be. I hardly felt lonely but made more friends than when I traveled accompanied, I discovered a few things about myself and more importantly I found kindness in strangers.
Aku rasa tidak perlu aku menceritakan sejarah dan latarbelakang tempat-tempat yang telah aku lawati kerana semua maklumat ini mudah didapati dari travel books dan internet. Aku rasa lebih praktikal kalau aku berkongsi my travel itinerary, travel tips dan pengalaman menarik sepanjang aku berada di sana buat panduan sesiapa yang ingin menjejaki kaki ke sana.
Di Istanbul, aku menginap di Sultanahmet Hotel. At EUR30 for B&B, it is quite reasonable for a clean 2-bedded room with a sink, tv, hair dryer and a stand fan although the bathroom is unattached but it's just across my room. Tambahan pula waktu itu peak season, hotel rate lebih mahal dari biasa and kalau single traveler, memang expected kena bayar lebih sikit. The published rate at the frontdesk was EUR50 for single tetapi aku mendapat rate EUR20 cheaper dengan bantuan dari seorang local Turk guy I met yang kebetulan bekerja di travel agency. I was lucky to get a room facing the street with a view of a mosque across the street.
Malam pertama selepas membersihkan diri, aku keluar berjalan menyusuri the main street yang menjadi laluan tram untuk meninjau kawasan berdekatan dan mencari makan malam. Belum pun jauh dari hotel, aku sudah dihampiri oleh seorang lelaki tempatan memulakan perbualan kosong bertanyakan asal dan nama aku etc. Aku ada terbaca mengenai perkara ini di dalam buku Lonely Planet : Istanbul di mana lelaki tempatan gemar mendekati foreign female travellers for very obvious reason (takkan nak cerita kut? Faham-faham sendiri!). We had casual conversation mainly telling each other a few things about each other. He insisted on paying for my dinner when I stopped at a food kiosk and we eventually took a taxi to Taksim for a drink at a club. Taksim is supposedly to be a happening place in Istanbul sebab kat sini banyak clubs, pubs and bars tetapi tempat yang kami pergi ni ada a few patrons with a few scantily dressed girls dancing on the dance platform. Aku ni bukan jenis suka clubbing and loud music, so after an hour, I decided to call it a night and returned to my hotel.
Seperti yang disarankan di dalam Lonely Planet, aku memasuki Blue Mosque melalui pintu masuk dari Hippodrome kerana melalui arah inilah cara terbaik untuk truly appreciate the grandeur and beauty of the Blue Mosque. Memang asyik dan terpegun melihat keindahan masjid ini especially di dalam prayer hall. Rasa bersyukur kerana masjid ini tidak mengalami nasib seperti Ayasofya dan terus digunakan sehingga ke hari ini sebagai tempat ibadat umat Islam. Ada juga rasa terkilan sebab tidak dapat melihat dari dekat mimbar masjid dan Black Stone dari Mekah kerana para pengunjung dibenarkan berada pada suatu had sahaja yang agak jauh dari mimbar. Tidak seperti masjid-masjid di Cairo, Masjid Biru malah semua masjid-masjid di sini berjaga dan amat bersih.
Cara terbaik untuk melawat Ayasofya ialah bermula dengan galeri atas di mana terletaknya floor plan menunjukkan lokasi potret mozek ikon-ikon atau peristiwa yang berkaitan dengan Christianity. Bukti Ayasofya pernah menjadi tempat ibadat umat Islam tidak ditunjukkan di dalam floor plan ini tetapi yang paling ketara kelihatan ialah medalions dengan tulisan kaligrafi Allah s.w.t., Muhammad s.a.w, Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar dan Perpustakaan Sultan Mahmut I. Dari tingkap berdekatan dengan kubur Henrico Dandolo, one can capture a nice pic of Blue Mosque in a distance. Unlike Masjid Biru, bayaran masuk sebanyak YTL10 dikenakan untuk melawat Ayasofya.
Keesokan paginya bermula dengan lawatan ke Basilica Cistern yang hanya 5 minutes walk from my hotel. Terasa sejuk bila memasuki tempat ini memandangkan ia berada di bawah tanah dan asalnya adalah tempat penyimpanan air. Lawatan di sini mengambil masa kurang dari 30 minit tetapi bayaran masuknya YTL10 which to me a bit pricy considering that there is not much to see except 2 medusa heads which formed the bases of 2 columns in here. Selepas itu aku berjalan mengikuti laluan tramway, berhenti sekejap di Sirkeci Railway Station, recce tempat di mana performance whirling dervishes diadakan dan seterusnya ke Eminonu a few minutes away, berdekatan dengan Galata Bridge yang menghubungkan bahagian Europe dan Asia of Turkey. Di sini aku melawat Eminonu Yeni Camii (Masjid Eminonu) yang mempunyai rekabentuk yang seakan-akan Masjid Biru tetapi lebih kecil saiznya. Di hadapan masjid ini ada banyak burung merpati and one can feed the pigeons here. Bimbang juga kalau-kalau terkena najis burung.
Kaki pun dah lenguh berjalan sepanjang hari, jadi aku pun ke Sultanahmet Park yang terletak di antara Masjid Biru dan Ayasofya untuk berehat sekejap dan grabbed dinner. Dalam perjalanan ke sini, sekali lagi aku dihampiri oleh lelaki Turki who introduced himself as Metin. Dia walked with me sampai ke Sultanahmet Park. Actually, bagus juga dia ada sebab tolong aku snapped pics dan cerita sedikit sebanyak tentang budaya masyarakat tempatan. Disebabkan hari tersebut hari minggu, memang ramai warga Istanbul beristirehat dan menghabiskan hari minggu mereka di sini.
Semasa sedang duduk watching the visitors at the park, ternampak a few boys in costumes with their parents. Metin memberitahu aku yang kanak-kanak ni pergi upacara bersunat and for this occasion, they are dressed up in costumes of a king or commander. Memang adorable tengok a bunch of them all in costumes. Aku juga diberitahu, either on Saturday or Sunday evening around 6.30 pm ada performance pancaragam di sini tetapi aku tak berpeluang menyaksikannya because I had to check out of my hotel and leave Istanbul for Selcuk that evening. So, that night I spent 12 hours in the bus making my way to my next destination. It was an interesting bus ride but I am saving it for my next entry.
Next entry - Pamukkale, Ephesus, Cappadocia
Monday, August 20, 2007
I Am OK!
.jpg)
The first question asked by my colleagues when I returned to work - "how's your trip?". I must say it was wonderful. I am glad I went for this trip alone. Other than meeting a lot of people be it locals or travelers from other parts of the world, I had all the time to myself to sort out my thoughts and feelings about someting that has been bothering me. I may not be able to erase it from my mind or life but I have accepted the reality that this is what it meant to be. Hope things will get better, if it doesn't, I know I am still going to be ok.
Menghapus Jejakmu - Peterpan
Ku terus melangkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan
Belahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba untuk terus menjauh
Belahan hati ku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup
Engkau bukanlah segala ku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu
Lepaskan segalanya
Lepaskan segalanya
Friday, August 03, 2007
Turkey! Here I Come!
Back to my Istanbul trip, petang ni pukul 2.30 p.m. (6.30 p.m Malaysian time) aku sambung 4 hours flight ke Istanbul. Aku akan berada di Turki selama 8 hari. Rancangan aku bukan sahaja restricted di Istanbul sahaja tapi I also plan to spend a few days outside of Istanbul covering Ephesus, City of Aphrodite dan Pamukkale by bus. Hopefully, menjadilah...Trip aku kali ini lain dari yang sebelumnya sebab for the first time, aku mengembara berseorangan unlike my previous trips ditemani oleh keluarga dan rakan-rakan. Keputusan aku untuk ke Istanbul 5 months ago pun memang spontaneous and bila MATTA Fair aje, aku terus book my flight tickets without telling anybody. Bila fikirkan balik, sometimes I suprise myself by my own actions tapi semakin dekat trip ni, I realize maybe being alone in an unfamiliar place surrounded with strangers is what I need to do right now especially after something happened recently yang membuatkan aku meragui kejujuran dan keikhlasan seseorang. Most importantly, maybe I'll discover more about myself, finding courage and overcoming fear to do things I thought I could and will never do.It's a bit thrilling actually and maybe after this I will look back and can proudly say hey! I have done that, been there etc... It may not be a big deal to some people but it is to me.
Dalam hati ada juga rasa bersalah kerana tidak berterus-terang kepada Mak hingga saat ini bahawa aku akan mengembara tanpa ditemani oleh sesiapapun. Semasa di KL Sentral menunggu ERL, aku called Mak again. Bila dia tanya pergi dengan siapa especially dia terdengar ada suara di belakang, dia ingat aku pergi dengan rakan-rakan. Aku tidak menidakkan atau mengiyakannya but quickly changed the subject. Bukan niat aku untuk menyembunyikannya daripada Mak tapi aku tidak mahu dia bimbang. Selama ini pun kalau aku travel dengan rakan-rakan pun dia melahirkan kebimbangan, apatah lagi kalau dia tahu aku akan berseorangan. I just told my siblings and told them not to tell Mak. Harap-harap Mak tidak akan berkecil hati dengan aku dan maafkan aku bila dia tahu perkara sebenarnya.
I hope just like my previous trips, I will learn a thing or two from this trip, not only about the places I am visiting, the people I will be seeing etc but also about myself . If things go well, selamat perjalananku pergi dan balik, insyaallah, adalah entry about Turkey ni nanti.